Richardson-Zaki equation | persamaan Richardson-Zaki | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan yang menghubungkan halaju superfisial bendalir dengan halaju terminal bagi pengaliran yang melewati sfera di dalam turus sebagai ue/ut = en, dan eksponen n di korelasikan dengan nombor Reynolds sebagai Re = D ut r/m, seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah. Re n <0.2 4.65 + 20 Dp/D 0.2 � 1.0 (4.4 + 18 Dp/D) Re-0.5 1 � 200 (4.4 + 18 Dp/D) Re-0.1 200 � 500 4.4 Re-0.1 > 500 4.4 dengan Re = nombor Reynolds, ue = halaju superfisial, ut = halaju terminal, e = keronggaan, r = ketumpatan, m = kelikatan, D = garis pusat turus, Dp = garis pusat zarah. |
amount of reaction | jumlah tindak balas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Bilangan mol bahan tindak balas yang telah bertindak balas dan dihubungkan dengan koordinat tindak balas kimia e sebagai n = n0 + ue, atau de = dnj /uj, atau dnj = uj de, dengan n = bilangan mol bertindak balas (mol), u = nombor stoikiometrik, e = koordinat tindak balas (mol), subskrip j = spesies j. |
Stokes� law of drag coefficient | hukum pekali seret Stokes | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum yang menganggarkan pekali seret untuk sfera dalam aliran rejim rayap (pada halaju atau nombor Reynolds yang rendah) yang melewati sfera atau sistem sfera yang jauh terasing, yang dianggarkan sebagai FD = 3 p m ue CD, Dengan FD = daya seret, m = kelikatan, D = garis pusat, ue = halaju superficial, CD = pekali seret. |
Stokes� law of superficial velocity | hukum halaju superfisial Stokes | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum yang menganggarkan halaju superfisial bagi sfera dalam aliran rayap (pada halaju atau nombor Reynolds yang rendah) di dalam turus yang mengandungi zarah berbentuk sfera sebagai (rujuk m/s 101) dengan ue = halaju superfisial, e = keronggaan, m = kelikatan, Dr = perbezaan ketumpatan, D = garis pusat, g = pecutan gravity. |
Stokes� law of terminal velocity | hukum halaju terminal Stokes | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum yang menganggarkan halaju terminal bagi sfera dalam aliran rayap (pada halaju atau nombor Reynolds yang rendah) di dalam turus yang mengandungi zarah berbentuk sfera sebagai (rujuk m/s 101) dengan e = keronggaan, ut = halaju terminal, ue = halaju superfisial. Jika e = 1, halaju terminal ialah halaju superfisial. |