Curzon Line | Garis Curzon | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Garis pemisah yang dibuat oleh Setiausaha Luar British, Lord Curzon sebagai sempadan antara Rusia dengan Poland pada tahun 1919. Tujuan garis pemisah ini adalah untuk persempadanan etnografi antara kumpulan etnik Poland, Lithuania, Rusia dan Ukraine. Garis ini merentasi kawasan bermula dari Hrodna, Yalivka, Nemyriv, Brest, Dorohusk, Ustyluh, bahagian timur Hrubeshiv, melintasi Kryliv, menuju ke bahagian barat Peremyshl, terus ke pergunungan Carpathian, yang membentuk sempadan timur Poland dan Ukraine. Pada bulan Julai 1920, sewaktu pencerobohan Soviet terhadap Warsaw, garis yang sama telah dicadangkan oleh Setiausaha Luar Britain sebagai sempadan Poland dengan Kesatuan Soviet (USSR). Pada tahun 1939, garis tersebut telah diterima dengan sedikit pindaan sebagai sempadan pemisah antara Jerman dengan Kesatuan Soviet. Seterusnya dalam persidangan Yelta 1945, Garis Curzon telah diterima sebagai sempadan bagi Poland dan Kesatuan Soviet. |
power excursion | ekskursi kuasa | Fizik | Atom dan Nuklear | Peningkatan kuasa keluaran suatu reaktor nuklear secara tidak terkawal dan mendadak. Keadaan ini mungkin berlaku kerana gangguan geometri terhadap sistem reaktor yang disebabkan kelemahan reka bentuk, gempa bumi, kesilapan manusia atau perbuatan khianat manusia. Kejadian ini boleh menyebabkan kemalangan seperti yang berlaku pada reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986. |
United Nations Relief and Rehabilitation Administration (UNRRA | Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1943 semasa Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada kawasan yang dibebaskan daripada kuasa paksi (Jerman, Itali dan Jepun). Pada tahun 1943, terdapat 52 buah negara yang terlibat dalam pertubuhan ini yang menyumbangkan dua peratus daripada pendapatan negara mereka kepada pertubuhan ini. Bantuan yang disediakan seperti bantuan kecemasan, makanan dan ubat-ubatan serta membaik pulih perkhidmatan awam, pertanian dan industri. Antara negara yang pernah mendapat bantuan daripada pertubuhan ini ialah China, Czechoslovakia, Greece, Itali, Poland, Ukraine dan Yugoslavia. Selepas Perang Dunia Kedua, pertubuhan ini berjaya menolong seramai tujuh juta pelarian pulang ke negara masing-masing. Pertubuhan ini menghentikan operasinya di Eropah pada 30 Jun 1947 dan di China pada 31 Mac 1949. Pada masa kini, fungsi pertubuhan ini telah dipindahkan ke pertubuhan lain di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu seperti Pertubuhan Pelarian Antarabangsa, Pertubuhan Makana |