Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ anjing sj tumbuhan (pokok), men­serah putih, Homalium caryophylla­ceum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electrolyteelektrolitTeknikElektrikSebatian kimia yang mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau apabila larut dalam air. Misalnya, plumbum (II) bromida cair, larutan akueus kuprum (II) sulfat, dan asid hidroklorik cair.
electrolyteelektrolitKimiaTiadaSebatiam kimia yang mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau apabila larut di dalam air. Misalnya, plumbum (II) bromida lebur, larutan akueus kuprum (II) sulfat, dan asid hidroklorik cair. Lihat juga elektrolisis.
hydratehidratKimiaTiadaSebatian yang mengandungi bilangan tertentu molekul air. Misalnya, kuprum (II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O.
ocean currentarus lautanMeteorologiMeteorologi PerhubunganPergerakan air laut secara teratur sebagai ciri semula jadinya atau lazimnya sebagai arus yang berterusan sepanjang laluan yang dapat ditentukan. Arus lautan dapat dibahagiakan kepada tiga golongan mengikut punca kejadiannya, iaitu: i. arus yang berkaitan dengan gradien ketumpatan air laut; ii. arus yang terhasil daripada tegasan angin terhadap permukaan air; dan iii. arus yang terbentuk daripada pergerakan gelombang panjang, terutamanya dalam bentuk arus pasang surut.
furkerakKimiaTiadaEndapan yang terjadi di dalam cerek, dandang, paip air dan lain-lain yang terdiri daripada kalsium karbonat, CaCO3, magnesium karbonat, MgCO3, dan kadangkala ferum(II) karbonat, FeCO3. Kerak ini terbentuk daripada pemanasan kalsium, mangnesium, dan ferum hidrogen karbonat yang larut di dalam air liat sementara. Kerak tidak merupakan pengalir haba yang baik dan akan membazirkan bahan api jika tidak dibuang.
hydrometeorhidrometeorMeteorologiMeteorologi PerhubunganHasil pemeluwapan atau pemejalwapan wap air dalam atmosfera, baik yang terbentuk di dalam atmosfera bebs atau di permukaan bumi; juga zarah-zarah air yang diterbangkan oleh angin dari permukaan bumi. Hidrometeor dikelaskan menurut pelbagai cara. Contohnya seperti yang berikut: i. Zarah cecair atau pepejal yang terbentuk dan terampai diudara: misalnya, jerebu lembp, awan, kabut, kabut ais, dan kabus; ii. kerpasancair: misalnya, gerimis dan hujan; iii. kerpasan sejuk beku: gerimis sejukbeku dan hujan sejuk beku; iv. kerpasan pepejal: gentelan ais, hujan batu, gentelan salji,dan hablur ais. v. jatuhan zarah-zarah yang meluap sebelum sampai ke tanah virga; vi. zarah air sama ada cecair atau pepejal yang terangkat oleh angin dari permukaan bumi: salji layang, salji terbang, percikan terbang; vii. umpukan air sama ada cecair atau pepejal pada objek yang terdedah; embun, rime, ibun beku, dan ais jernih.
corrosionkakisanKimiaTiadaTindak balas redoks yang berlaku pada logam akibat tindakan agen kakisan yang menukarkan logam tersebut kepada bahan yang tidak dikehendaki. Agen kakisan yang utama ialah oksigen, wap air, larutan natrium klorida, dan pH larutan. Kakisan berlaku apabila logam yang terdedah pada udara bertindak dengan oksigen lalu membentuk lapisan oksida lalu membentuk lapisan oksida logam. Misalnya, ferum bertindak dengan oksigen untuk membentuk ferum(II) oksida, dan ferum(II) oksida pula bertindak dengan wap air untuk membentuk ferum(III) oksida terhidrat yang dapat dilihat sebagai karat pada permukaan besi.
acetylationpengasetilanPerubatanTiadaProses metabolisme yang menambahkan kumpulan asetil ke dalam molekul sebatian organik. Pengasetilan ini merupakan salah satu daripada proses metabolisme fasa II ubat, yang menghasilkan molekul yang lebih larut air dan mudah dikumuh. Contoh ubat yang mengalami asetilasi ialah Isoniazid dan Clonazepam.
rainhujanMeteorologiMeteorologi Perhubungankerpasan dalam bentuk titisan air yang mempunyai diameter yang melebihi 0.5 mm atau kurang daripada 0.5 mm, sekiranya kerpasan ini tersebar luas. Bagi tujuan pencerapan, keamatan hujan pada sebarang ruang dan masa tertentu boleh dikelaskan seperti yang berikut: i. amat renyai; titisan yang tersebar dan tidak membasahi permukaan sepenuhnya walaupun turun berterusan; ii. renyai; titisan yang kadar curahannya di antara 0.1 mm/jam hingga 2.5 mm/jam, dan kadar curahan tidak melebihi 0.25 mm dalam tempoh 6 minit; iii sederhana; titisan yang kadar curahannya antara 2.5 mm/jam hingga 7.5 mm/jam; iv. lebat; titisan yang kadar curannya melebihi 7.5 mm/jam.
reducing sugargula penurunHerbaFitokimiaSebatian gula yang mempunyai kumpulan aldehid atau keton yang boleh berubah kepada aldehid. Kesemua monosakarida dan beberapa disakarida seperti laktosa dan maltosa merupakan gula penurun. Sebatian ini menurunkan Cu(II) kepada Cu(I) ataupun Ag(I) kepada Ag dan sebatian gula teroksida kepada terbitan asidnya. Penurunan ini boleh dikesan dengan melihat perubahan warna yang berlaku pada Cu(II) yang berwarna biru kepada Cu(I) yang berwarna perang, atau perubahan larutan tidak berwarna Ag(I) kepada mendakan cermin perak Ag. Kehadiran gula penurun dalam air kencing manusia boleh diuji dengan kaedah ini dan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengesan penyakit kencing manis.
12

Kembali ke atas