rose water | air mawar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Air atau minyak wangi daripada bunga ros. |
pleasure garden | taman ria | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang dibina pada zaman raja Parsi untuk golongan bangsawan bersuka ria. Taman ini biasanya mempunyai reka bentuk formal dan elemen seperti air, arca dan tumbuhan wangi. |
essential oil | minyak pati | Herba | Botani dan Bioteknologi | Minyak pekat bersifat hidrofobik (tidak gemar air) yang mengandungi sebatian beraroma, yang diekstrak daripada tumbuhan. Minyak ini banyak digunakan dalam campuran minyak wangi, kosmetik, perasa makanan dan minuman, serta produk pencuci. |
ethene | etena | Kimia | Tiada | Alkena alifatik, formula H2C=CH2, takat beku169oC, takat didih –104oC, berbentuk gas yang tidak berwarna, berbau wangi dan tidak larut di dalam air. Etena diperoleh secara pemecahan haba gas hidrokarbon, atau secara pendehidratan etil alkohol. Sebatian ini digunakan untuk membuat glikol, polietena, polipropilena, asetaldehid dan polistirena. Nama umunya ialah etilena. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Pemiawaian | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahagian herba seperti daun, bunga, buah dan kulit kayu melalui penyulingan stim dan penyulingan air. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus), minyak pati daun kesum (Polygonum minus) dan minyak pati pudina (Mentha arvensis). |
steam distillation | penyulingan stim | Herba | Fitokimia | Pengekstrakan sebatian meruap daripada tumbuhan beraroma dengan melalukan stim ke atas bahan yang hendak diekstrak. Kaedah ini melibatkan proses azeotropi, iaitu apabila minyak pati teruap bersama-sama dengan air. Hasil kondensasi berupa cairan dua lapis dengan air pada lapisan bawah dan minyak meruap pada lapisan atas. Minyak yang meruap kemudian dipisahkan daripada air. Contohnya, pengekstrakan minyak pati daripada serai wangi (Cymbopogon nardus). |
mixture | campuran | Kimia | Biokimia | Gabungan heterogen zat-zat yang tidak dapat dinyatakan oleh suatu formula kimia. Komponen-komponennya mungkin tersebar secara seragam ataupun tidak dan biasanya dapat dipisahkan secara mekanik. Campuran dapat wujud secara asli seperti udara, petroleum, susu, darah dan air laut, atau wujud secara buatan seperti simen, cat, kaca, minyak wangi dan sebagainya. |
Tembusu | Fragraea fragrans | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Fagaceae ini juga dikenali sebagai tembusu hutan, tembusu padang dan tembusu tembaga. Tumbuhan ini jenis pokok. Daunnya jenis ringkas, berbentuk bujur. Bunganya kecil keluar di ketiak daun, berwarna kuning jingga dan berbau wangi. Buahnya bulat, kecil, jenis beri dan berwarna merah apabila masak. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai hiasan di tepi jalan. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid, minyak pati dan triterpenoid. Air rebusan daun dan rantingnya diminum untuk merawat disentri. Air rebusan daun bersama buah diminum untuk merawat demam panas. Seduhan daripada kulit pokok diminum untuk penjagaan kesihatan, merawat demam panas, demam kuning, mencuci kudis buta dan untuk melancarkan haid. |
Lawsonia inermis | Inai | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Lythraceae adalah jenis renik. Batangnya licin dan berwarna kelabu. Daunnya kecil, berbentuk elips dengan tangkai daun pendek. Jambak bunganya jenis panikel, bunga kecilnya, berwarna putih atau merah jambu dan berbau wangi. Buahnya bulat dan kecil. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan dan kebudayaan. Daun inai digunakan oleh masyarakat arab, india sehingga ke Asia sebagai pewarna dan tonik rambut serta mewarna tangan dan kaki. Air rebusan daun bersama bunga diminum untuk merawat demam kuning, keputihan, sakit perut, sakit tekak, ulser dan mulut berbau. Daun yang telah dilumatkan ditampal untuk mengubati cagu dan luka. |
Fragraea fragrans | tembusu | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Fagaceae yang dikenali juga sebagai tembusu hutan, tembusu padang dan tembusu tembaga. Daunnya jenis ringkas dan berbentuk bujur. Bunganya yang kecil keluar di ketiak daun, berwarna kuning jingga dan berbau wangi. Buahnya bulat, kecil, jenis beri dan berwarna merah apabila masak. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai hiasan di tepi jalan. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid, minyak pati dan triterpenoid. Air rebusan daun dan rantingnya diminum untuk merawat disentri. Air rebusan daun bersama buah diminum untuk merawat demam panas. Seduhan daripada kulit pokok diminum untuk penjagaan kesihatan, merawat demam panas, demam kuning, mencuci kudis buta dan untuk melancarkan haid. |