bait advertising | pengiklanan umpanan | Komunikasi | Korporat | Strategi pengiklanan yang bertujuan untuk menarik perhatian khalayak supaya membeli barangan atau perkhidmatan yang menggunakan sesuatu daya penarik. Jenis daya penarik adalah pelbagai seperti mempamerkan kemahiran dan bakat. Contohnya, mempamerkan bakat silap mata untuk menarik perhatian khalayak terhadap barangan yang dijual, sehingga -lah mendemonstrasikan kehebatan prestasi barangan seperti alat permainan kanak-kanak. Melalui strategi ini, khalayak akan terdorong dengan kehebatan barangan yang dipamerkan dan seterusnya akan membeli barangan atau perkhidmatan tersebut. |