al-muwashshaḥah | al-muwashshaḥah | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashshaḥah menggunakan istilah baharu yang belum pernah digunakan oleh penyair Arab sebelumnya. Antaranya ialah matla’, dawr, simt, ghusn, qufl, dan kharjah. Puisi ini mula menonjol pada zaman pemerintahan Amir Abdullah ibn Muhammad al-Marwani, sekitar akhir abad ketiga Hijrah atau kesembilan Masihi. Dua orang penyair yang meletakkan asas puisi ini ialah Muhammad ibn Mahmud al-Qabri al-Darir dan Muqaddam bin Mu`afa al-Qabri.,Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashsha |
jarcha | jarcha | Kesusasteraan | Tiada | Rangkap akhir dalam puisi al-muwashshahah dan dianggap sebagai penutup atau penamat puisi tersebut. Puisi al-muwashshahah yang tidak berakhir dengan jarcha dianggap tidak lengkap dan tidak menepati syarat yang diperlukan dalam pembentukan al-muwashshahah. Oleh itu, jarcha dianggap bahagian asas dalam binaan al-muwashshahah. Jarcha biasanya mengandungi beberapa keratan ayat dengan menggunakan wazan (meter) serta qafiah (huruf akhir) yang sama seperti yang terdapat dalam matla� dan qufl. Bahasa yang digunakan dalam jarcha diolah menjadi bahasa Arab standard. Penggunaan bahasa standard ini mengikut kaedah tatabahasa, dan kadangkala bahasa pasar atau bahasa asing digunakan. Rangkap terakhir puisi al-muwashshahah ini seing digunakan oleh para penyair, dan memberikan isyarat kepada pendengar bahawa puisi ini sudah sampai ke penghujungnya. Jarcha dikenali juga sebagai kharja. |
novel | novel | Kesusasteraan | Tiada | Fisyen yang menampilkan watak, plot, latar, peristiwa dan sudut pandangan secara tersusun. Novel dibangunkan untuk memaparkan pertikaian, ketegangan dan konflik yang biasanya dileraikan pada akhir cerita. Kisah atau cerita dalam novel agak panjang, biasanya melebihi 5000 patah perkataan. Ada pelbagai jenis novel antaranya, novel gotic. Pikares, picisan, psikologi, romantik dan lain-lain. Antara kategori novel ialah novel dewasa, remaja dan kanak-kanak. Novel mengetengahkan tema yang pelbagai, biasanya mengandungi unsur pengajaran. Contoh novel ialah Hujan Sudah Teduh oleh Zaharah Nawawi, antara Dendam dan Perjuangan oleh Ali Jusuh dan novel Sultan Baginda oleh Shahnon Ahmad. Contoh novel dalam bahasa Arab ialah Shajarat-al-Bu�s olehTaha Husayn dan Salwa fi Mahabb al-Rih oleh Mahmud Taymur, novel Parsi ialah Nun va al-Qalam oleh Jalal al-i Ahmad, dan novel Turki ialah Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk. Novel berasal daripada perkataan Inggeris novel bermaksud �baharu�, atau novella dalam bahasa Itali b |
Bai’ mu’ajjal-based tradeable securities | sekuriti boleh niaga asas jual beli mu’ajjal | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen yang boleh diniagakan dan dikeluarkan menggunakan prinsip al mu’ajjal. Pengeluar mengeluarkan instrumen ini untuk membeli aset dengan satu harga yang termasuk dengan keuntungan dan kos lain. Pengeluar membayar pembelian tersebut secara ansuran untuk satu tempoh tertentu. Instrumen ini mempunyai jadual pembayaran keuntungan secara berkala, manakala bayaran penuh diperoleh pada masa penebusan. Sebelum masa penebusan, pemegang instrumen boleh menjualnya pada harga diskaun dan harga diskaun ini bersamaan dengan nilai muka tolak sebarang kos pada akhir pindah milik dan pendapatan yang dilepaskan. |