Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ecocidepemusnahan alam sekitarAlam SekitarTiadaKerosakan atau pemusnahan alam sekitar sama ada oleh manusia atau mana-mana agensi oleh sebarang tindakan seperti penggunaan senjata nuklear, sumber-sumber eksploitasi yang berlebihan, atau penggunaan bahan kimia berbahaya.
environmental technologyteknologi alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenggunaan prinsip sains dan matematik dalam pemantauan, pengawalan dan pemuliharaan alam sekitar. Teknologi alam sekitar merangkumi reka bentuk peranti, simulasi proses dan meramal potensi kesan negatif bahan cemar terhadap alam sekitar. Contohnya, teknologi hijau dan teknologi bersih.
environmental forecastingperamalan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPengunjuran arah aliran masa hadapan alam sekitar berdasarkan pengalaman masa lalu dan terkini. Peramalan alam sekitar mungkin dilakukan dengan jangkaan pemboleh ubah berkepentingan pada masa hadapan.
environmental performance indicatorpenunjuk prestasi alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauHasil pengkuantitian prestasi alam sekitar dengan dasar sesebuah negara. Penunjuk prestasi alam sekitar diukur berpandukan dasar yang merangkumi perlindungan kesihatan manusia dan perlindungan ekosistem.
Beat Plastic PollutionHentikan Pencemaran PlastikAlam SekitarTiadaSejenis tema bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap impak negatif penggunaan plastik tidak terkawal kepada alam sekitar dan hidupan liar.
degradation to the environmentkemerosotan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenurunan kualiti alam sekitar disebabkan oleh aktiviti manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kemerosotan alam sekitar memberi kesan kepada sumber asli, contohnya air, tanah, udara serta menjejaskan ekosistem dan hidupan liar.
environmental degradationkemerosotan alam sekitar/ rosot alam sekitarUmumTiadaTiada
environmental regulationperaturan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauDasar yang diluluskan oleh kerajaan berkaitan dengan kepatuhan atau tanggungjawab individu, organisasi dan entiti tertentu. Peraturan alam sekitar bertujuan untuk mengawal dan mencegah pencemaran serta melindungi dan menambah baik kualiti alam sekitar.
environmental conscious manufacturingperkilangan peka alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembuatan produk yang memberi tumpuan kepada penggunaan bahan mentah dan sumber semula jadi secara efektif dan produktif. Perkilangan peka alam sekitar biasanya dapat meminimumkan kesan negatif terhadap pekerja dan alam sekitar.
environmental management system (EMS)sistem pengurusan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem dan pangkalan data yang menggabungkan antara prosedur dengan proses secara menyeluruh, sistematik, terancang dan didokumenkan. Sistem pengurusan alam sekitar merangkumi dasar organisasi, latihan, pemantauan dan pelaporan prestasi alam sekitar kepada pihak yang berkepentingan. Contohnya, ISO 14001:2015.
12345678910...

Kembali ke atas