Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alat nya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
raised grainira timbulPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanIra yang sebahagian gelang pertumbuhan- nya timbul dan lebih tinggi daripada permukaan biasa. Keadaan ini terjadi disebabkan alat permotongan yang tumpul dan kadar pengecutan pemukaan yang tidak seragam.
gagayangagayanMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Badan alat muzik ini berbentuk segi empat tepat, berleher panjang dan berfret. Gagayan mempunyai dua tali yang dipetik dengan jari dan dimainkan oleh golongan lelaki suku kaum Lotud dari Tuaran secara solo atau berduet. Sekiranya dua gagayan dimainkan serentak, muziknya dikenali sebagai batangkung.

tongkungontongkungonMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang berbentuk tiub. Tongkungon diperbuat daripada buluh jenis poring yang panjangnya hampir satu meter. Talinya dipotong daripada permukaan atau korteks buluh dan ditiunkan dengan kekuda yang terletak di bawah setiap tali tersebut. Alat muzik ini dipegang secara menegak dan tali­nya dipetik dengan jari. Tongkungon menghasilkan melodi untuk mengiringi tarian atau mengisi masa lapang selepas bekerja. Jumlah tali dan sistem tiunan alat muzik ini sama dengan gong dalam ensembel gong besar dalam kalangan masyarakat tersebut. Alat muzik yang terdapat di Sabah ini dimainkan oleh masyarakat Dusun dalam muzik rakyat. Tongkungon juga dikenali sebagai kulintangan oleh suku kaum Timugon Murut dari Tenom. Alat muzik ziter seperti takobung

mail order advertisingpengiklanan pesanan posKomunikasiKorporatPengiklanan yang dilakukan sepenuh- nya melalui pos. Maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan diedarkan secara pos yang disertakan dengan panduan tempahan dan pembayaran. Maklumat ini boleh dalam bentuk katalog atau risalah. Kaedah pengiklanan ini biasanya dilakukan oleh syarikat besar yang berwibawa dan dipercayai oleh khalayak. Jenis barangan atau perkhidmatan yang kerap diiklankan ialah barangan kecantikan, buku, atau barangan khusus seperti alat keperluan rumah yang tidak dipasarkan melalui kaedah penjualan yang lain. Contoh perkhidmatan yang diberikan pula ialah khidmat bimbingan pelajaran dan khidmat membaik pulih peralatan. Kebaikan kaedah pengiklanan ini ialah pelanggan boleh mendapatkan barangan atau perkhidmatan secara langsung daripada pembekal.
saw-usaw-uMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai kordofon yang digesek. Saw-u mempunyai badan berbentuk hati yang diperbuat daripada tempurang kelapa. Alat muzik ini mempunyai sebatang leher yang panjang melalui badannya. Penggesek dimasukkan antara dua tali. Picnya lebih rendah daripada alat muzik saw-duang.

dronedronMuzikTiada

 1.       Satu pic yang dipanjangkan selama beberapa bar dan biasa­nya                wujud di bawah baris melodi.

2.   Alat yang menghasilkan satu atau


Kembali ke atas