Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Anak ikan dimakan ikan,
     Ikan bernama si jarang lidi;
Hilang intan berganti intan,
     Intan bernama payung negeri.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarai anak ikankelarai anak ikanKesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk kumpulan anak ikan berenang.
infosuriainfosuriaPerikananAkuakulturSejenis zooplankton yang sangat halus dan seni yang terdapat di dalam air tawar. Saiz infosuria yang kecil membuatkannya sesuai untuk dijadikan sebagai makanan anak ikan yang baru menetas dengan saiz pembukaan mulut anak ikan yang kecil seperti anak ikan ketutu. Infosuria diperlukan untuk pembentukan dan memenuhi keperluan nutrisi anak ikan. Infosuria boleh dihasilkan dengan merendam bahan tumbuhan seperti kulit betik atau kubis di dalam bekas berair sehingga mereput. Infosuria juga boleh dilihat dengan mata kasar sebagai benda asing atau serbuk berwarna putih yang berenang secara putaran di atas permukaan air pada waktu pagi.
smoltsmoltPerikananTiadaPeringkat anak ikan salmon selepas peringkat par, yang mendiami air tawar dan berumur dua tahun ke atas. Pada peringkat ini, tanda jalur pada badan anak ikan salmon menghilang dan badannya berubah warna kepada keperak-perakan serta boleh menyesuaikan diri dengan air laut. Lihat juga par.
alevinalevinPerikananTiadaAnak ikan yang baru menetas dan masih mempunyai kantung yolka. Anak ikan ini biasanya tidak berwarna dan sering menjadi makanan kepada ikan bersaiz besar yang menjadi sasaran pemancing.
parrparPerikananTiadaPeringkat anak ikan salmon atau ikan trout yang mempunyai jalur hitam pada sisi badan, berumur 1 hingga 2 tahun yang masih mendiami air tawar. Pada peringkat par, anak ikan ini sesuai dijadikan umpan hidup.
conventional baitumpan biasaPerikananTiadaUmpan asli yang biasa digunakan untuk memancing. Umpan biasa yang sering digunakan adalah yang terdiri daripada bahan semula jadi, sama ada hidup atau mati. Contohnya, cacing, ulat, berenga, anak-anak ikan, serangga atau daun.
ripplesair berkocakPerikananTiadaKeadaan permukaan air yang berolak atau berombak akibat tiupan angin, pergerakan ikan di bawah permukaan air, atau ikan yang menyambar serangga atau anak-anak ikan. Situasi ini menjadi tarikan kepada pemancing untuk melontarkan tali kail ke sasaran.
baitumpanPerikananTiadaBahan yang dilekatkan pada kail untuk menarik perhatian ikan. Umpan terbahagi kepada dua jenis, iaitu umpan segar dan umpan tiruan. Umpan segar terdiri daripada bahan semula jadi seperti anak-anak ikan, cacing atau serangga, manakala umpan tiruan diperbuat daripada pelbagai jenis bahan termasuklah kepingan logam, getah atau kayu yang diubah bentuk menjadi seakan-akan ikan, udang, sotong atau serangga.
fingerlinganak ikan berumurPerikananTiadaTiada
sac fryanak ikan berpundiPerikananTiadaTiada
1234

Kembali ke atas