Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.bo.di] | انتيبودي

Definisi : (Ubat) sj bahan yg terbentuk dlm darah dan dapat menghalang tindakan atau memusnahkan bakteria yg memudaratkan atau membahayakan tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.bo.di] | انتيبودي

Definisi : ist bahan yg terbentuk dlm darah yg dpt mencegah pembiakan bakteria dsb atau memusnahkannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antibodi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epitopeepitopFarmasiBioteknologi FarmasiStruktur pada permukaan sesuatu antigen yang berupaya untuk mencetuskan penghasilan antibodi. Antibodi yang terhasil dapat mengenali dan mengikat antigen tersebut secara khusus. Sesuatu antigen berkemungkinan mem punyai beberapa epitop yang mengaruh pelbagai jenis antibodi, seterusnya meningkatkan tindak balas imun. Sinonim penentu antigen.
secondary antibodyantibodi sekunderFarmasiBioteknologi FarmasiAntibodi yang mengikat antibodi primer dan biasanya dilabelkan dengan prob tertentu bagi tujuan diagnostik dan penyelidikan. Contohnya, antibodi sekunder digunakan dalam turus afiniti untuk proses penulenan protein. Lihat juga pemblotan Western.
enzyme linked immunosorbent assay (ELISA)ELISABioteknologiTiadaTeknik analisis peka yang menggunakan enzim yang dikomplekskan kepada antigen atau antibodi. Substrat dicampur untuk memberikan warna yang berkadar dengan jumlah pengikatan. Dalam teknik fasa pepejal, antigen ditambah kepada tiub yang dilapisi antibodi. Antibodi yang berlabelkan enzim juga ditambah untuk membentuk kompleks dengan antigen.
fluorescent antibodyantibodi berpendarfluorSains ForensikTiadaAntibodi yang telah dilabelkan dengan pewarna berpendarfluor. Antibodi berpendarfluor digunakan untuk mengesan kehadiran antigen yang khusus terhadap antibodi ini. Melalui pengujian terhadap antigen tertentu, antibodi berpendarfluor boleh digunakan dalam pengujian forensik untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang darah seperti darah daripada orang dewasa atau darah kanak-kanak. Lihat juga pendarfluor.
monoclonal antibodyantibodi monoklonFarmasiBioteknologi FarmasiAntibodi homogenus yang spesifik terhadap satu jenis epitop sahaja. Antibodi ini dihasilkan oleh klon tunggal sel B, biasanya melalui teknik pengkulturan sel hibridoma. Antibodi monoklon digunakan dalam terapi kanser dan ujian diagnostik. Banding antibodi poliklon.
blocking antibodyantibodi penghalangPerubatanTiadaAntibodi yang mempunyai kekhususan yang sama dengan antibodi lain dan mengganggu kegiatan antibodi itu.
polyclonal antibodyantibodi poliklonBioteknologiTiadaAntibodi yang terhasil sebagai gerak balas keimunan normal terhadap antigen yang mengandungi bilangan protein yang berhubungan tetapi tidak serupa. Variasi menunjukkan bahawa antibodi ini dibentuk oleh limfosit yang berlainan dan berbeza dengan antibodi monoklon yang dibentuk oleh klon sel yang serupa. bd. antibodi monoklon.
macroglobulinmakroglobulinKimiaBiokimiaImunoglobin yang terdiri daripada 5-10% antibodi serum, termasuk antibodi heterofil dan wasserman, agglutinin sejuk, isohemaglutinin dan antibodi terhadap endotokrin bakteria gramnegatif.
antigen excesslebihan antigenSains ForensikTiadaNisbah antigen yang tinggi berbanding antibodi dalam campuran antigen-antibodi yang mengakibatkan kompleks antigen-antibodi terlarut. Semasa pengujian serologi forensik, lebihan antigen boleh mengakibatkan mendakan tidak kelihatan dan boleh membawa kepada ujian negatif palsu.
polyclonal antibodyantibodi poliklonFarmasiBioteknologi FarmasiAntibodi heterogenus yang terhasil daripada pelbagai jenis sel B sebagai tindak balas terhadap kehadiran epitop-epitop pada antigen. Antibodi ini mudah disediakan dan murah, tetapi berisiko menyebabkan penyakit serum. Banding antibodi monoklon.
12345678910...

Kembali ke atas