Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arus besar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pinch effectkesan jepitKejuruteraanTiada1. Kesan daya elektromekanik yang mencerut dan kadang-kadang memecahkan seketika, pengalir lebur yang sedang membawa arus ketumpatan tinggi.,2. Pengecutan kendiri turus plasma yang membawa arus besar disebabkan saling tindakan arus ini dengan medan magnet yang dihasilkan.
air-earth currentarus udara-bumiSainsHidrometeorologiPemindahan cas elektrik dari atmosfera yang bercas positif ke bumi yang bercas negatif. Arus ini terdiri daripada arus konduksi udara-bumi, arus kerpasan, arus olakan dan pelbagai arus kecil. Sumbangan arus pertama merupakan yang paling besar.
shunt resistorperintang pirauTeknikElektrikPerintang yang dipasang selari dalam meter arus bagi membolehkan meter digunakan untuk menyukat arus yang lebih besar daripada kemampuan meter tersebut. sebahagian besar arus akan mengalir ke dalam perintang pirau, sementara arus yang mengalir dalam meter dihadkan pada kadar pesongan penuh meter itu.
series motormotor siriTeknikElektrikMotor arus terus yang belitan medan dan angkernya disambung bersiri dengan bekalan. Belitan medan motor ini tidak banyak, tetapi saiz dawainya besar bagi membolehkannya membawa arus beban yang besar. Arus yang dibekalkan akan masuk ke dalam gegelung medan dan juga angker. Motor ini boleh dibekalkan dengan bekalan arus terus atau arus ulang-alik. Motor ini mesti disambung terus dengan beban tanpa perantaraan rantai atau tali sawat, kerana motor ini akan terbakar jika berputar tanpa beban apabila rantai atau tali sawat putus. Motor siri mempunyai kilas yang tinggi dan biasanya digunakan pada kereta api elektrik, troli, dan kereta elektrik.
conductivitykekondukanKejuruteraanPetroleumUkuran mengenai keupayaan satu unit isi padu bahan untuk membenarkan arus elektrik menerusinya. Semakin besar arus elektrik yang dapat lalu, semakin bersarlah kekondukan bahan tersebut. Parameter ini adalah merupakan salingan kepada keberintangan. unit yang biasa dipakai ialah mho atau mnho (mili-mho).
air circuit brekarpemutus litar udaraTeknikElektrikPeranti pelindung litar daripada arus lebih, arus bocor, arus litar pintas atau sebarang keadaan lain yang berkadar besar. sentuhan suis peranti ini terdedah kepada udara atau terdapat di dalam ruang udara tertutup.
starting currentarus mulaTeknikElektrikarus yang diperlukan oleh motor semasa hendak dihidupkan. arus ini biasanya dua atau tiga kali ganda lebih besar daripada arus beban. peranti pemula digunakan bagi mengurangkan arus ini dan seterusnya motor dapat dihidupkan dengan selamat.
shuntpirauTeknikElektrikLitar selari atau sambungan merentangi dua punca arus untuk membahagikan arus yang masuk. Dengan menggunakan pirau, hanya sejumlah kecil arus akan mengalir melalui sesuatu litar. Dengan itu, peralatan yang menggunakan arus rendah boleh terus digunakan pada arus yang besar. contoh penggunaan pirau ialah pada motor, penjana, dan meter ampere.
main contactsesentuh utamaTeknikElektrikSesentuh yang menyambungkan bekalan dengan motor. Sesentuh ini berukuran besar dan menerima arus yang besar. Biasanya, pada sesebuah penyentuh terdapat tiga atau empat sesentuh utama.
bar windingbelitan palangTeknikElektrikBelitan pengalir bersaiz besar, menyerupai batang pengalir kuprum, bagi menggantikan dawai kuprum biasa. Belitan palang digunakan untuk membawa arus yang besar, dan dengan itu hanya digunakan pada motor besar atau sebagai sangkar tupai pada pemutar motor aruhan sangkar tupai.
1234567

Kembali ke atas