glacial acetic acid | asid asetik glasial | Kimia | Tiada | Asid asetik yang 99.8% tulen, bebas daripada air dan menghablur pada 16.6oC. |
glacial acetic acid | asid asetik glasial | Kimia | Tiada | Asid asetik yang 99.8% tulen, bebas daripada air dan menghablur pada 16.6oC. |
acetic acid | asid asetik | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Aditif makanan yang digunakan untuk merencat pertumbuhan mikroorganisma dan memberi perisa kepada makanan. Asid asetik digunakan dalam makanan seperti sos, mayones dan jeruk. |
synthetic vinegar | cuka tiruan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Campuran asid asetik gred makanan dengan air. Cuka ini mengandungi antara 4% hingga 12.5% asid asetik dan boleh mengandungi bahan pengawet, karamel, dan rempah. Sinonim cuka buatan. |
acetic fermentation | penapaian asetik | Herba | Fitokimia | Proses katabolisme hidupan yang menghasilkan asid asetik melalui degradasi asid lemak, pendekarboksilan asid piruvik yang terhasil daripada glikolisis karbohidrat, atau degradasi asid amino. Asid asetik yang wujud sebagai asetil koenzim-A merupakan bahan perantara utama bagi penghasilan tenaga dalam kitar asid sitrik dan sebatian asas dalam biosintesis pelbagai sebatian metabolik sekunder seperti asid lemak, flavonoid dan terpenoid. |
acetic acid | asid asetik | Kimia | Tiada | Asid organik lemah, formula CH3ֿCOOH, takat beku 16.6oC, takat didih 118.1oC, bau ciriannya seperti berwarna, larut campur di dalam air, alkohol dan eter, tetapi tidak larut di dalam karbon disulfida. Asid asetik disediakan secara pengoksidaan etanal atau etanol ataupun secara tindak balas metanol dengan karbon monoksida. Sebatian ini digunakan untuk membuat etanoik anhidrida, selulosa asetat, ester asetik, bahan berwarna dan plastik. Nama bersistemnya ialah asid etanoik. |
acetic acid | asid asetik | Perhutanan | Tiada | Tiada |
acetic acid | asid asetik | Kimia | Tiada | Cecair jernih yang tidak berwarna, berbau sengit, bersifat mengakis, takat beku 16.6°C, takat didih 118.1°C, larut campur dalam air, alkohol dan eter, dan tidak larut dalam karbon disulfida. |
acetic acid | asid asetik | Pentadbiran Perniagaan | Tadbir Rumah Tangga | Cecair jernih yang tidak berwarna, berbau sengit, bersifat mengakis dan digunakan dalam penghasilan racun serangga, bahan pewarna dan plastik. |
acetic acid | asid asetik | Kimia | Tatanama Kimia | Tiada |