asthma | asma | Perubatan | Tiada | Keadaan yang ditandai dengan serangan berulang dipsnea paraoksimal dengan pernafasan seperti lelah akibat pencerutan spasmodik bronki, mungkin manifestasi alergi atau teraruh oleh zarah perengsa, senaman yang bertenaga dan lain-lain. |
asthma | asma | Perubatan | Tiada | Penyakit yang bercirikan kesukaran bernafas yang berulang disertai dengan batuk dan bunyi seperti siulan. Keadaan ini disebabkan penyempitan saluran pernafasan akibat alahan, jangkitan atau senaman. |
asthma | asma | Perubatan | Tiada | Keadaan yang ditandai dengan serangan sesak nafas (dispnea) ataupun semput yang berulang dari masa ke masa, dan yang menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. |
asthma | asma | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pulmonari tersekat yang dicirikan dengan serangan sesak nafas yang berulang dari masa ke masa, dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus dan penghasilan sekresi yang banyak. |
bronchial asthma | asma bronkus | Veterinar | Tiada | Tiada |
broncheal asthma | asma bronkial | Perubatan | Tiada | Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh bersenam, habuk dan stres psikologi. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penyakit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin. |
bronchial asthma | asma bronkial | Perubatan | Farmakologi | Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit, yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh habuk, stres psikologi dan bersenam. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penya kit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin. |
bronchial asthma | asma bronkus | Perubatan | Tiada | Lihat asma. |
cardiac asthma | asma jantung | Perubatan | Tiada | Dispnea paroksismal yang terjadi pada waktu malam akibat penyakit jantung, seperti kegagalan ventrikel kiri. |
Chinese (oriental) restaurant asthma | asma restoran Cina | Veterinar | Tiada | Tiada |