Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata audio siar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
podcastaudio siarTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
podcastaudio siarTeknologi MaklumatTiadaSuatu bentuk penyiaran episod audio atau video digital yang bersiri menerusi Internet dan sering digunakan dalam e-pembelajaran. Pengguna yang melanggan perkhidmatan ini boleh memuat turun fail dan mendengarnya menggunakan pemain media pada komputer, peranti media mudah alih seperti iPod daripada hos dan pembekal kandungan kursus siaran.
podcastaudio siarTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSiri episod yang mengandungi fail audio digital ataupun video. Pengguna boleh memuat turun fail ini ke dalam komputer atau telefon pintar. Perkataan podcast berasal daripada gabungan kata ipod dan broadcast.
distracted walkingberjalan lekaUmumTiadaPerbuatan berjalan tanpa memberikan tumpuan penuh kepada persekitarannya, kerana penggunaan peranti elektronik seperti telefon bimbit, mendengar muzik, audio siar, atau berbual.
silent walkingberjalan sunyiUmumTiadaPerbuatan berjalan dengan memberikan tumpuan penuh kepada persekitarannya, tanpa penggunaan peranti elektronik seperti telefon bimbit, mendengar muzik, audio siar, atau berbual.
multicastingmultisiaranTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu bentuk penyiaran yang memancarkan maklumat media penstriman dan data lain kepada berbilang penerima yang spesifik dan diketahui alamatnya pada satu masa yang sama. Contohnya, audio siar bahan pengajaran.
net radioradio jaringanTeknologi MaklumatTiadaSejenis siar web yang menggunakan penstriman teknologi audio untuk menyampaikan siaran radio melalui Internet. Pengguna memerlukan aplikasi penstriman audio seperti RealPlayer sebelum melawati tapak web radio jaringan. Teknologi ini amat popular di kalangan stesen radio kampus universiti di negara-negara maju kerana murah dan boleh dinikmati lebih ramai lagi pendengar. Radio jaringan ialah contoh teknologi tolak.
Webcastsiar webTeknologi MaklumatTiadaPenghantaran audio, video atau animasi melalui internet dalam masa nyata atau siaran langsung. Contohnya mendengar radio ERA.fm (www.era.fm) atau IKIM.fm (www.ikim.fm) melalui internet.
webcastsiar webTeknologi Maklumate-PembelajaranPenghantaran audio atau video kepada khalayak sasaran tentang sesuatu peristiwa yang disebarkan menerusi jaringan sejagat. Contohnya, sebuah universiti yang menawarkan kursus dalam talian membolehkan pengajar menyiarkan syarahannya yang berasaskan web secara langsung atau prarakam.
webcastsiar webTeknologi MaklumatTiadaPenggunaan Internet untuk penghantaran audio atau video secara langsung atau tertunda kepada beberapa pengguna Internet serentak. Pengguna perlu mempunyai aplikasi multimedia tertentu untuk membolehkan mereka melihat siaran web seperti RealPlayer. Contohnya, sebuah universiti yang menawarkan kursus dalam talian membolehkan pengajar menyiarkan syarahannya yang berasaskan web secara langsung atau prarakam, atau sesebuah syarikat boleh menyiarkan pengumuman sidang akhbarnya berasaskan web sebagai tambahan kepada jemputan biasa ke sidang itu. 2. Penggunaan teknologi tolak untuk menghantar maklumat berasaskan web kepada pengguna Internet. Lihat juga teknologi tolak
12

Kembali ke atas