thundery precipitation | kerpasan beribut petir | Sains | Hidrometeorologi | Kerpasan yang turun dalam bentuk curahan dari awan ribut petir, seperti inkus kumulonimbus. |
microburst | mikroledakan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Arus menurun setempat yang kuat dan berlaku di bawah awan ribut petir, lebar arus ini biasanya kurang daripada 4 km. |
updraft | arus menaik | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Arus udara berskala kecil yang menaik secara menegak, misalnya arus yang terjadi dalam awan ribut petir. |
thunderstorm turbulence | golakan ribut petir | Sains | Hidrometeorologi | Golakan yang selalunya sangat kencang di dalam atau di sekitar awan ribut petir. |
lightning | kilat | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Fenomena bercahaya yang mengiringi nyahcas elektrik, yang terjadi semasa ribut petir. Nyahcas ini berlaku sama ada di dalam awan ribut petir, di antara awan ke awan, atau antara awan dengan bumi. Terdapat pelbagai bentuk kilat seperti kilat tunggal, kilat reben, kilat roket, kilat haba, dan kilat bola. |
pseudofront | pseudo-perenggan | Geologi | Tiada | Perenggan berskala kecil yang terbentuk bersama-sama dengan kegiatan olakan kuat yang teratur yang terdapat di antara jisim udara yang disejukkan oleh hujan dari awan ribut petir dan udara panas di sekitarnya. |
pseudo-front | perenggan semu | Sains | Hidrometeorologi | Perenggan berskala kecil (perenggan ini terbentuk sehubungan dengan kegiatan olakan kuat yang teratur) yang terdapat antara jisim udara yang disejukkan oleh hujan dari awan ribut petir dan udara panas di sekitarnya. Ia mungkin merupakan bahagian hadapan gelombang tekanan tinggi. |
thunderstorm | ribut petir | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ribut tempatan yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus. Ribut ini selalunya disertai kilat dan guruh, serta angin yang kuat, hujan yang lebat dan kadangkala hujan batu. Ribut ini selalunya berlaku dalam jangka masa yang pendek, jarang-jarang melebihi dua jam. Ribut petir merupakan hasil ketakstabilan atmosfera dan terdiri daripada lapisan udara terbalik untuk mencapai penstrataan ketumpatan yang lebih stabil. Arus olakan menaik yang kuat merupakan ciri ribut petir pada awal fasa kejadiannya. Arus menurun yang kuat dalam suatu turus kerpasan menandakan tahap kelesapan. Ribut petir terbentuk sehingga 40 000 kaki hingga 50 000 kaki tinggi di latitud tengah dan lebih tinggi di kawasan tropika. Kestabilan stratosfera bahagian bawah mengehadkan pengembangan ribut ke atas. Keunikan ribut petir ialah kegiatan elektriknya yang menonjol. Kajian berkenaan dengan elektrik ribut petir termasuk bukan sahaja fenomena kilat tetapi kesemua kekompleksan pemisahan cas ribut petir dan semua taburan cas dalam lingkungan pengaruh r |
thunderstorm | ribut petir | Sains | Hidrometeorologi | Ribut tempatan yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus. Ribut ini selalunya disertai kilat dan guruh, serta angin yang kuat, hujan yang lebat dan kadang kala hujan batu. Ribut ini selalunya berlaku dalam jangka masa yang pendek, jarang-jarang melebihi dua jam. Ribut petir merupakan hasil ketakstabilan atmosfera dan terdiri daripada lapisan udara terbalik untuk mencapai penstrataan ketumpatan yang lebih stabil. Olakan kencang merupakan ciri ribut petir pada awal fasa kejadiannya. Angin kencang yang menurun dalam suatu turus kerpasan menandakan tahap kelesapan. Ribut petir bertiup sehingga 40 000 � 50 000 kaki di latitud tengah dan hingga ke ketinggian yang lebih di kawasan tropika. Hanya kestabilan stratosfera bahagian bawah yang mengehadkan perkembangan ribut ke atas. Kualiti unik ribut petir ialah kegiatan elektrik yang menonjol. Kajian berkenaan dengan elektrik ribut petir termasuk bukan sahaja fenomena kilat tetapi kesemua kekompleksan pemisahan cas ribut petir dan semua taburan cas dalam lingkungan pen |
storm | ribut | Sains | Hidrometeorologi | 1. Sebarang keadaan gangguan atmosfera, terutamanya yang memberi kesan kepada permukaan bumi dan merujuk cuaca yang boleh membinasa ataupun cuaca yang buruk. Sekurang-kurangnya ada tiga pendapat yang berlainan berkenaan dengan ribut. Pertama, dalam meteorologi sinoptik, ribut merupakan gangguan individu lengkap yang dikenali dalam carta sinoptik (atau melalui alat meteorologi seperti radar), sebagai gabungan tekanan, angin, awan, kerpasan dan lain-lain. Oleh itu, jenis ribut menjulat mengikut skala dari tornado dan ribut petir, menjangkau siklon tropika, hingga ke siklon luar tropika yang meluas. Kedua, dari sudut tempatan dan khusus, ribut ialah kejadian fana yang dikenal pasti dari segi kehebatan atau kebinasaannya. Dalam hal ini ribut dirujuk kepada ribut hujan, ribut angin, ribut hujan batu, ribut salji, dan lain-lain. Jenis ribut yang khas ialah ribut salji, ribut ais, ribut pasir dan ribut habuk. Bagi ahli hidrologi, ribut pada dasarnya mencakup curahan hujan dalam ruang dan masa di kawasan tertentu. 2 |