Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lexicographyleksikografi/perkamusanKesusasteraanTiadaIlmu bahasa mengenai teknik penyusunan kamus.
sociolinguisticssosiolinguistikSosiolinguistikTiadaCabang ilmu Iinguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Antara tumpuan kajian ialah kumpulan masyarakat, sikap masyarakat pada bahasa, bahasa standard dan tidak standard dan sebagainya.
glottopoliticsilmu politik bahasaLinguistikTiadaTiada
referencerujukanKesusasteraanTiadaHubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure.
ethnography linguisticlinguistik etnografiSosiolinguistikTiadaCabang ilmu linguistik yang mengkaji bahasa dan hubungannya dengan penyelidikan jenis dan tingkah laku sesuatu etnik.
culturekultur; kebudayaan; budayaSejarahTiada3. Kebudayaan; budaya: Cara hidup manusia yang merangkumi aspek agama, sosial, ekonomi, politik, bahasa, pendidikan dan ilmu pengetahuan yang dipelajari, diamalkan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
anthropology linguisticlinguistik antropologiSosiolinguistikTiadaCabang ilmu linguistik yang mengkaji variasi bahasa dan digunakan dalam hubungan pola budaya dan kepercayaan manusia, penyelidikan berasaskan teori dan metodologi antropologi.
sociology linguisticlinguistik sosiologiSosiolinguistikTiadaCabang ilmu linguistik yang memperlihatkan kepentingan bahasa sebagai sebahagian daripada kajian teori sosiologi.
paronymparonimKesusasteraanPuisiPemilihan dan pembentukan diksi yang berasal daripada sumber atau akar yang sama. Khususnya diksi yang diambil daripada bahasa asing yang akhirnya mengalami pergeseran erti. Umpamanya perkataan ilmu dan alima yang berasal daripada bahasa Arab.
semanticsemantikKesusasteraanTiadaIlmu mengenai makna atau erti kata. Semantik boleh juga diertikan sebagai kajian makna perkataan atau ungkapan linguistik. Pengajian semantik berlaku pada semua peringkat bahasa daripada bunyi hingga wacana. Pada peringkat kata, pengajian biasanya dikenali sebagai semantik leksikal dan pada peringkat wacana dikenali sebagai semantik wacana.
12

Kembali ke atas