theatre language | bahasa teater | Kesenian | Drama dan Teater | Wahana penyampaian makna atau maksud daripada pelakonkepada khalayak, sama ada melalui bahasa lisan, bahasa tubuh atau gerak isyarat. Lihat jugabahasa tubuh, gerak isyarat. |
oral language | bahasa lisan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
sign interpreter | jurubahasa isyarat | Umum | Tiada | Individu berkemahiran menterjemahkan bahasa lisan kepada bahasa isyarat atau sebaliknya. |
verbal mediator | perantara lisan | Pendidikan | Tiada | Bahasa lisan yang digunakan untuk membina perkaitan antara idea serta boleh membantu dalam memahami dan mengimbas semula. |
verbal feedback | maklum balas lisan | Pendidikan | Tiada | Bahasa lisan yang diberikan kepada pelajar untuk menerima tindak balas betul atau salah. |
language | bahasa | Umum | Tiada | Cara berkomunikasi dalam bentuk lisan dan bukan lisan termasuk bahasa isyarat. |
verbal communication | komunikasi lisan | Komunikasi | Korporat | Komunikasi atau perutusan yang menggunakan kaedah pertuturan sebagai alat untuk memindahkan mesej daripada sumber kepada penerima. Bahasa merupakan alat asas yang berfungsi untuk membentuk makna dalam komunikasi lisan. Keberkesanan penggunaan komunikasi lisan banyak bergantung pada kesesuaian pertuturan dengan suasana dan budaya khalayak penerima. Dalam keadaan tertentu, kemahiran menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif diperlukan. Dalam keadaan lain, kemahiran menggunakan bahasa harian atau dialek tempatan boleh meninggalkan kesan mendalam dalam proses komunikasi lisan. Selain itu, kejayaan penggunaan komunikasi lisan juga banyak bergantung pada kemahiran dan kecekapan bertutur, kemampuan menguasai tahap intonasi, dan keupayaan menggabungkan komunikasi lisan dengan bahasa gerak-geri atau tubuh bahasa. Dalam bidang komunikasi korporat, salah satu faktor yang membantu menjayakan proses atau aktivitinya ialah kesedaran yang berterusan tentang kepentingan penggunaan komunikasi lisan yang bersesuaian dengan |
oral formula | formula lisan | Kesusasteraan | Tiada | Cara yang sudah ditetapkan dalam menghasilkan tradisi lisan. Contoh: bahasa berirama, watak Bujang Selamat dan Si Kembang Cina dalam lipur lara atau Wak Dogol dalam Wayang Kulit Melayu. |
spoken language | bahasa pertuturan/ bentuk lisan | Sosiolinguistik | Tiada | Variasi bahasa yang dituturkan oleh kelompok masyarakat yang berbeza dengan bahasa persuratan. |
non-verbal communication | komunikasi bukan lisan | Psikologi | Psikologi Umum | Komunikasi yang tidak melibatkan pengucapan bahasa. Komunikasi berisyarat ini termasuklah bahasa gerak-geri, gerak isyarat, sentuhan, ekspresi muka atau vokalisasi bukan lisan seperti berdehem. Komunikasi jenis ini juga sama penting dan efektif seperti komunikasi lisan. Sinonim komunikasi nonverbal. |