shoulder | bahu; bahu lurah | Geografi | Tiada | Tiada |
bahu | bahu | Kesenian | Tiada | Bahagian atas tubuh gasing sebagai tempat lilit tali. |
sloping shoulder | bahu cerun | Kesenian | Tiada | Bahu seseorang yang menurun daripada bahu normal. |
hook shot | pukulan bahu | Sukan | Tiada | Pukulan bahu: Pukulan yang dilakukan pada paras bahu pemukul. |
band | jalur; pita;kolar bahu | Kesenian | Tiada | 7. Kolar bahu: Kolar lebar yang terletak di bahu, biasanya daripada fabrik linen, renda atau kambrik, dipakai pada tahun 1540 hingga 1670. Kemudiannya dijadikan kolar tumpang. |
padded shoulder | bahu berpad | Kesenian | Tiada | Pad yang dijahit pada bahagian dalam bahu pakaian, bertujuan untuk menonjolkan bidang bahu. Diperkenalkan oleh Schiaparellis 1930-an dan dipopularkan kembali pada 1980-an. |
one-shoulder dress | pakaian bahu sebelah | Kesenian | Tiada | Pakaian yang mempunyai bahu sebelah atau lengan sebelah dan mendedahkan bahu yang sebelah lagi. |
shoulder block | adang bahu | Sukan | Tiada | Tindakan petinju mengecilkan ruang sasaran atau melindungi sasaran bagi mengelakkan tumbukan lawan secara menarik ke dalam bahagian bahu hadapan dan merapatkan dagu ke bahu tersebut. |
shoulder knot | simpul hias bahu | Kesenian | Tiada | 1. Simpul hias yang dipakai di bahu diperbuat daripada reben atau renda. Popular pada abad ke-17 dan ke-18.,2. Hiasan pasang tanggal yang terdiri daripada brid tali pintal dipakai di bahu pakaian seragam semasa upacara ketenteraan. |
shoulder pad | ped bahu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ped segi tiga atau bulat dari benang sayat, apung, kapas atau gentian buatan yang berasingan atau dijahit pada bahu pakaian. Direka untuk menonjolkan bentuk bahu, mula diperkenalkan pada tahun 1930-an dan popular pada tahun 1940-an hingga sekarang. |