Pareto optimality | keoptimuman Pareto | Pentadbiran | Tiada | Prinsip yang menyatakan bahawa keadaan A lebih diutamakan daripada keadaan B jika terdapat sekurang-kurangnya seorang lebih baik di dalam A dan tidak seorang pun yang lebih buruk jika mereka berada di dalam A. |
anti-knock agent | agen antiketuk | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatan kimia yang apabila sedikit sahaja dicampurkan kepada suapan bahan bakar bagi enjin pembakaran dalam akan mempunyai sifat penindasan ketukan yang lebih baik. Sifat ini terjadi disebabkan oleh peningkatan pengkadaran oktana bahan bakar dalam nilai yang besar apabila sedikit sahaja sebatian kimia tersebut dicampurkan ke dalam bahan bakar. Dengan demikian, pembakaran bahan bakar tersebut akan lebih sempurna dan letupannya pun akan berkurangan atau musnah sama sekali. |