Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai.tul.mal] | بيتالمال

Definisi : Ar perbendaharaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bai.tul.mal] | بيتالمال

Definisi : badan yg menyimpan atau mengurus kewangan dan harta benda negara; perbendaharaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baitulmal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
khalafiyyatpewarisanPerniagaan IslamTiadaHak yang diberikan oleh syarak kepada individu yang boleh mewarisi harta pusaka. Khalafiyyat berlaku melalui empat cara, iaitu kekeluargaan, perkahwinan, hamba yang dimerdekakan oleh tuannya dan baitulmal yang akan menguruskan harta orang yang tidak berwaris.
luqatahbarang jumpaanPerniagaan IslamTiadaHarta yang ditemui semula setelah hilang. Pihak yang menjumpai barang tersebut wajib memulangkannya kepada yang berhak. Sekiranya pemilik tidak dapat dikesan dalam tempoh setahun, barangan tersebut akan diserahkan kepada Baitulmal. Contoh luqatah ialah komputer riba pejabat atau barang perniagaan.
contract of restrictionakad penyekatanEkonomiEkonomi IslamAkad yang melarang seseorang daripada menjalankan tugas atau fungsi. Tujuan akad ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kecekapan serta mengelakkan salah laku atau pecah amanah. Contohnya, larangan seseorang yang muflis menjadi penjamin, penarikan semula tauliah dan penamatan pelantikan amil sebagai wakil baitulmal.
ghabn fahishkerugian besarPerniagaan IslamTiadaKerugian apabila jual beli barangan dibuat dengan harga yang tidak wajar berdasarkan penilaian pakar atau pasaran. Jual beli ini sah kerana sempurna rukunnya, tetapi tidak beretika disebabkan terdapat unsur penindasan. Contohnya, harga produk RM100 telah dijual beli dengan harga RM500. Urus niaga ini sah kecuali apabila melibatkan harta anak yatim, wakaf atau Baitulmal. Sinonim fahish.
taghrirpenipuanPerniagaan IslamTiadaPerihal memujuk individu dengan cara yang salah supaya melaksanakan akad. Contohnya, memujuk bakal pembeli dengan memberi gambaran yang tidak benar sehingga menyebabkan satu pihak bersetuju untuk berakad. Penipuan boleh berpunca daripada pihak penjual, pembeli atau orang tengah. Sekiranya wujud kerugian yang besar akibat penipuan, maka pihak yang tertipu diberi hak khiyar kecuali penipuan yang melibatkan harta anak yatim, wakaf dan baitulmal.
pawned auction balancebaki lelongan gadaianEkonomiEkonomi IslamPerbezaan harga lelongan barang gadaian daripada jumlah hutang, upah simpan dan kos lelongan. Sekiranya harga lelongan melebihi jumlah hutang dan kos yang berkaitan, syarak menghendaki supaya lebihan itu dikembalikan kepada penggadai. Sebaliknya amalan ini tidak dilaksanakan dalam perniagaan pajak gadai konvensional. Pegadai akan menyerahkan lebihan tersebut kepada baitulmal atau Amanah Raya Berhad jika tidak dituntut oleh penggadai selepas lima tahun.

Kembali ke atas