redox reaction | tindak balas redoks | Kimia | Tiada | Tindak balas penurunan dan pengoksidaan yang berlaku serentak dalam tindak balas kimia. Misalnya, tindak balas kuprum(II) oksida dengan zink menghasilkan logam kuprum dan zink(II) oksida. Dalam tindak balas ini, kuprum(II) oksida diturunkan menjadi logam kuprum manakala logam zink dioksidakan menjadi zink(II) oksida. Tindak balas ini melibatkan pemindahan elektron dari zink (iaitu tindak balas pengoksidaan) kepada ion kuprum(II) (iaitu tindak balas penurunan). |
Mear criterion II | kriteria Mear II | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kriteria yang menyatakan bahawa suhu larutan bahan tindak balas pukal akan menyerupai suhu pada permukaan luar zarahan mangkin jika (-DHR) (-rA) rB r E/h T2 R < 0.15, dengan -DHR = haba tindak balas, -rA = kadar tindak balas, rB = ketumpatan pukal mangkin, r = jejari mangkin, E = tenaga pengaktifan, T = suhu, R = pemalar gas semesta, h = pemalar pemindahan haba. |
Damkohler number group II | nombor Damkohler Kumpulan II | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah kadar tindak balas kimia terhadap kadar resapan molekul bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai dengan rp = jejari liang, -R = kadar tindak balas kimia, Cs = kepekatan bahan tindak balas pada permukaan mangkin, Deff = pekali resapan molekul berkesan. |
Wacker process | proses Wacker | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses tindak balas bermangkin homogen yang melibatkan mekanisme redoks apabila etilena dioksidakan kepada asetaldehid di dalam larutan akueus yang mengandungi paladium (II) klorida dan kuprum (II) klorida sebagai mangkin. |
group II gasifier | penggas kumpulan II | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penggas generasi kedua yang menggaskan arang batu kepada SNG dengan menggunakan kaedah penghidrogasan. Keluaran proses ini kaya dengan metana dan tidak memerlukan tindak balas pemetanan sebelum SNG sedia untuk digunakan. |
photosystem I and II | fotosistem I dan II | Botani | Tiada | Dua sistem fotokimia yang mengandungi pigmen fotosintesis dan pigmen aksesori serta pembawa elektron. Sistem ini yang beroperasi secara berturutan untuk menjayakan kedua-dua tindak balas cahaya yang membawa kepada fotofosforilasi dan penurunan NADP. |
coulometric titration | pentitratan kulometri | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah penentuan bahan berdasarkan tindak balas bahan itu dengan reagen yang dijanakan secara elektrolisis. Misalnya, tindak balas pengoksidaan Ferum (II) oleh serium (IV) yang dijanakan secara elektrolisis. |
condition for equilibrium chemical reaction | keadaan keseimbangan tindak balas kimia | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Keadaan tindak balas kimia yang dalam keseimbangan apabila keadaan berikut dipatuhi: (i) Tindakan balas yang berlaku tidak akan mengubah jumlah tenaga Gibbs sistem tersebut. (ii) Bagi sistem tertutup yang bertekanan P dan bersuhu T yang malar, jumlah tenaga Gibbs GT sistem adalah minimum atau (dGT)|T,P = 0. |
reduction | penurunan | Kimia | Tiada | 1. Penyingkiran oksigen daripada sesuatu bahan, atau penggabungan hidrogen kepadanya. Misalnya, penurunan kuprum(II) oksida kepada kuprum oleh karbon. 2. Tindak balas yang melibatkan penerimaan elektron. Misalnya, penukaran ion ferum(III) kepada ion ferum(II). Proses penurunan boleh berlaku apabila bahan yang akan terturun, iaitu agen pengoksidaan, bertindak balas dengan agen penurunan atau menerima elektron daripada katod dalam elektrolisis. Bdg. pengoksidaan. |
oxidizer | pengoksida | Kimia | Biokimia | 1. Sebatian yang membebaskan oksigen pada suhu bilik atau apabila dipanaskan sedikit, seperti sebatian peroksida, klorat, perklorat, nitrat dan permanganat. 2. Bahan yang menerima elektron dalam suatu tindak balas pengoksidaan, seperti tindak balas pengoksidaan besi (logam neutral) oleh ion kuprum (II): Fe + Cu2+ ? Fe2+ + Cu . Ion Cu2+ menerima dua elektron daripada Fe dan terturun menjadi Cu. Dalam tindak balas ini, Cu2+ bertindak sebagai pengoksida. |