Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak kan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anticholinergicantikolinergikKimiaForensikUbat yang merencatkan tindakan aseti lkolina. Ubat ini mengurangkan spasma otot dalam pundi , paru-paru dan usus. Ubat ini juga mengendur kan otot iris mata, mengurangkan bahan yang dirembeskan oleh perut, paru-paru dan mulut, mengurangkan peluh dan mencepatkan denyutan jantung. Banyak ubat antikolinergik dapat mengurangkan gejala seperti yang berlaku pada penyakit Parkinson, iaitu terketar-ketar walaupun semasa berehat, serta kejang muka dan jari.
low comedyriawara kasarKomunikasiKorporatJenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kan

Kembali ke atas