west south west | barat barat daya | Geografi | Tiada | Tiada |
kona | kona | Sains | Hidrometeorologi | Angin ribut yang mengandungi hujan dari barat daya dan selatan barat daya di Hawaii. Ia bertiup lebih kurang lima kali setahun di cerun barat daya, iaitu cerun teduhan angin bagi angin pasat timur laut lazim (kona ialah perkataan Polynesia yang bermakna arah teduhan angin). Ia berkait dengan ayunan ke selatan atau ke tenggara tekanan rendah Aleutia dan laluan tekanan rendah sekunder (siklon kona) dari barat laut ke tenggara, di utara pulau-pulau tersebut. |
south west | barat daya | Geografi | Tiada | Tiada |
kharif | kharif | Geografi | Tiada | Angin barat daya yang kencang, yang bertiup di pesisir selatan Teluk Aden dan Somalia. |
barat | barat | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin badai kencang yang bertiup dari arah barat atau barat daya di kawasan pantai utara kepulauan Sulawesi, di antara bulan Disember hingga Februari. |
corral | pagaran | Geografi | Tiada | Kawasan berpagar di barat daya AS bagi lembu, kuda dsb.nya. |
malpais | malpais | Geologi | Tiada | Istilah yang digunakan di barat daya U.S dan Mexico untuk kawasan aliran lava yang kesat dan tandus. |
monsoon | monsun | Sains | Hidrometeorologi | Istilah yang asalnya merujuk angin Laut Arab yang bertiup selama lebih kurang enam bulan dari timur laut dan selama lebih kurang enam bulan dari barat daya, tetapi kini digunakan juga untuk angin lain yang nyata bermusim. Ia berasal daripada perkataan Arab �mausim� yang bermaksud musim. Sebab penting terjadinya angin ini ialah perbezaan pemanasan kawasan darat dan laut yang luas yang berubah mengikut musim. Keadaan monsun paling baik terjadi di kawasan subtropika, seperti di Asia timur dan Asia tenggara (monsun timur laut dan barat daya masing-masing pada musim sejuk dan panas). Musim hujan yang berkaitan dengan monsun barat daya ialah ciri menonjol iklim wilayah ini. Di subtropika, istilah �monsun� selalunya digunakan untuk menunjukkan hujan, tanpa rujukan kepada angin. Keadaan monsun boleh juga berlaku, tetapi kurang hebat, di bahagian utara Australia, bahagian barat, selatan dan timur Afrika, dan beberapa bahagian di Amerika Utara dan Chile. Istilah ini juga digunakan di barat laut Jerman. |
dust bowl | jelapang debu | Geografi | Tiada | Sebuah kawasan separa gersang di dataran barat daya AS yang mana tanah permukaannya telah dihakis melalui proses layangan angin. Hakisan berlaku akibat penanaman bijiran yang tak teratur pada awal kurun ke-20. |
veering | menganan | Sains | Hidrometeorologi | 1. Perubahan arah angin mengikut putaran jam (misalnya selatan ke barat daya ke barat) di sebarang hemisfera, mengikut penggunaan umum antarabangsa. 2. Perubahan arah angin mengikut putaran jam di hemisfera utara dan menentang putaran jam di hemisfera selatan, mengikut penggunaan meluas di kalangan ahli kaji cuaca Amerika Syarikat. Istilah berlawanannya ialah mengiri. |