Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bar.bi.tu.rat] | بربيتورت

Definisi : sj dadah yg boleh menenangkan keresahan (juga digunakan sbg ubat tidur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bar.bi.tu.rat] | بربيتورت

Definisi : ist dadah yg boleh menenangkan dan menidurkan seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barbiturat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barbituratebarbituratVeterinarPraklinikalKumpulan drug yang dihasilkan daripada asid barbiturat atau asid tiobarbiturat. Barbiturat dikelaskan mengikut tempoh tindak; iaitu bertindak lama; pertengahan; singkat dan ultrasingkat. Barbiturat yang bertindak ultrasingkat seperti Thiopental digunakan sebagai anestetik intravena; manakala barbiturat yang bertindak lama seperti Fenobarbital digunakan sebagai antikonvulsi untuk rawatan epilepsi. Barbiturat lain digunakan secara meluas sebagai sedatif atau hipnosis.
barbiturate poisoningkeracunan barbituratKimiaForensikKeracunan akut atau kronik akibat penggunaan barbiturat. Jumlah barbiturat berlebihan mungkin menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati, mau mungkin mengakibatkan maut. Pengambilan barbiturat yang berlebihan juga boleh mengakibatkan perubahan fizikal dan psikologi seperti sesak nafas, disorientasi dan koma.
barbituratebarbituratPerubatanTiadaTiada
barbituratebarbituratKimiaTiadaSebarang drug daripada kumpulan sebatian kimia yang merupakan terbitan daripada asid barbiturik yang digunakan sebagai depresan sistem saraf pusat.
barbituratebarbituratPsikologiTiadaTiada
barbituratebarbituratPerubatanTiadaFormula umum R1R2C= (CONH)2 = CO, apabila R1 dan R2 ialah radikal alfil organik. Sekumpulan dadah bagi garam atau terbitan asid barbiturik; kebanyakan dadah jenis ini dapat digunakan sebagai penenang keresahan dan ubat tidur. Kumpulan dadah ini boleh dikelaskan mengikut jangka masa tindakan, iaitu amat singkat, singkat, sederhana lama dan lama. Misalnya, Phenobarbitone.
barbituratebarbituratKimiaForensikTerbitan asid barbiturik yang digunakan sebagai ubat yang bertindak sebagai sedatif atau ubat tidur, tetapi bukan analgesik. Ubat ini merendahkan kadar pernafasan, tekanan darah, suhu dan sistem saraf serta menyebabkan ketagihan. Contohnya, alobarbital dan amobarbital.
barbituratebarbituratPerubatanPsikiatriDrug yang bertindak pada sistem saraf pusat dan boleh mendatangkan ketagihan.
cyclobarbitonesiklobarbitonKimiaForensikFormula kimia, C12H16N2O3. Hablur bersinar, dengan takat lebur 171�C - 174�C, larut sangat sedikit dalam air sejuk tetapi larut dalam air mendidih, etanol dan eter. Siklobarbiton merupakan barbiturat yang mempunyai tindakan jangka pendek dan digunakan untuk merawat insomnia. Lihat juga barbiturat.
butabarbitalbutabarbitalKimiaForensikBarbiturat depresan yang mempunyai masa tindakan pendek hingga sederhana dan digunakan, sebagai ubat tidur untuk melegakan rasa cemas, gementar, dan insomnia. Penggunaannya kini dihentikan kerana boleh menyebabkan gangguan porfirin, kekejangan, atau alergi. Kesan sampingan termasuk demam kuning, ruam kulit, dan perangsangan. Dos parah dianggarkan 2g, dan kepekatan toksik adalah 28 µg/mL - 73 µg/mL.
123

Kembali ke atas