Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ti/] | باتيق

Definisi : kain yg bercorak (dilukis atau ditera dgn lilin dan dicelup); ~ cap batik yg dicap (dicetak); ~ Kelantan batik yg dibuat di Kelantan; ~ Semarang a) batik buatan Semarang; b) prb janda yg lebih cantik drpd semasa gadis; ~ tulisan (suratan) batik yg ditulis (disurat) dan bukan dicap; ~ Yogya batik yg dibuat di Yogya; umpama ~ lasam, makin dibasuh makin berbau prb makin lama makin bertambah baik;membatik membuat batik (dgn tangan): usaha ~ semakin mendapat tempat yg baik di Terengganu;batikan hasil membatik: anak-anak perempuan itu bersarung kain panjang ~ mereka sendiri;pembatikan 1. tempat membuat (perusahaan) batik; 2. cara membuat batik;pembatik pengusaha (pembuat) batik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ti/] | باتيق

Definisi : sj kain yg beraneka warna coraknya yg dibuat dgn cara-cara tertentu spt dicap atau ditulis: ~ cap batik yg dibuat dgn alat cap; ~ tulis batik yg dibuat dgn tangan (bukan dgn alat cap). membatik membuat (corak) batik. pembatik orang yg membuat batik; pengusaha batik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batik

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Laksana batik lasam.

Bermaksud :

Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik. lasam = keluaran Lasam, suatu tempat di Jawa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
batik lasambatik lasamKesenianSeni BatikBatik atau kain batik yang mempunyai tiga warna khusus, iaitu coklat, hitam, dan satu warna pilihan lain, di samping putih, iaitu warna asal kain dan dihasilkan dengan menggunakan blok lilin (sarang) dan direbus sebanyak dua kali. Biasanya, batik berupa batik sarung.
batik blok-lilinbatik blok-lilinKesenianSeni BatikBatik, terutama batik sarung yang dihasilkan dengan menggunakan blok-lilin. batik pukul lilin.
batik tulisbatik tulisKesenianSeni BatikBatik atau kain batik yang bercorak bebas yang dihasilkan dengan mencanting dan menconteng. batik canting.
batik stensil-siapbatik stensil-siapKesenianSeni BatikBatik atau kain batik yang warna corak di sebelah luarnya kelihatan lebih jelas daripada yang di sebelah dalamnya yang dihasilkan dengan menggunakan stensil-siap tanpa menggunakan lilin. batik stensil sudah selalu.
batik elabatik elaKesenianSeni BatikKain batik yang dihasilkan dengan menggunakan blok lilin, pada kain yang berela-ela panjangnya dan bergulung, dan bercorak motif yang bebas. Warnanya pula sama ada satu warna atau lebih, bergantung pada coraknya. Kegunaan batik ini luas.
batik cantingbatik cantingKesenianSeni Batiklih. Batik tulis.
batik lasembatik lasemKesenianSeni Batiklih. batik lasam.
batik sarungbatik sarungKesenianSeni BatikKain batik yang mempunyai kepala bercorak pucuk rebung, tubuh, kapit, tepi gigi dan gunung (tepi), dan berukuran 2.1 meter (2� ela) panjang yang dihasilkan dengan menggunakan blok lilin, blok stensil atau stensil siap.
batik pukul lilinbatik pukul lilinKesenianSeni Batiklih. batik blok-lilin.
batik stensil-lilinbatik stensil-lilinKesenianSeni BatikKain batik yang warna corak di sebelah luarnya sama jelas dengan di sebelah dalamnya, dan dihasilkan dengan menggunakan stensil-lilin.
12345678910...

Kembali ke atas