cough suppressant | ubat penahan batuk | Perubatan | Tiada | Ubat untuk menahan batuk dengan bertindak terhadap pusat batuk di otak. Bahan aktifnya adalah daripada kumpulan opiat dan ia berguna untuk batuk yang kering. Ia seharusnya tidak digunakan untuk batuk berkahak atau batuk yang disebabkan oleh penyakit paru-paru seperti pneumonia dan asma. Sekiranya ubat diambil dalam kuantiti yang banyak dan jangka masa yang lama akan mengakibatkan ketagihan. Contohnya, Codeine dan Dextromethorphan. |
tuberculosis | tuberkulosis | AIDS | Tiada | Penyakit yang berlaku pada pelbagai organ terutamnya paru-paru yang disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini biasanya dicirikan apabila pesakit batuk tanpa kahak, batuk berdarah, kurang berat badan, demam berpanjangan dan berpeluh pada wak |
productive cough | batuk produktif | Perubatan | Tiada | Batuk yang disertai dengan pengeluaran kahak yang banyak daripada bronkus. Sinonim wet cough |
reflex cough | batuk refleks | Perubatan | Tiada | Batuk akibat rengsa pada salur pernafasan. |
reflex cough | batuk refleks | Kejururawatan | Tiada | Batuk akibat rengsa pada salur pernafasan. |
productive cough | batuk produktif | Kejururawatan | Tiada | Batuk yang disertai dengan pengeluaran kahak yang banyak daripada bronkus. Sinonim: wet cough. |
non productive cough | batuk tak produktif | Perubatan | Tiada | Batuk yang tidak mengeluarkan kahak daripada bronkus. Sinonim dry cough |
non productive cough | batuk tak produktif | Kejururawatan | Tiada | Batuk yang tidak mengeluarkan kahak daripada bronkus. Sinonim: dry cough |
whooping cough | batuk kokol | Kejururawatan | Tiada | Jangkitan saluran pernafasan yang serius bercirikan batuk tanpa kahak yang teruk dan kadang-kadang diikuti dengan kesukaran bernafas. |
pertussis | pertusis | Perubatan | Tiada | Penyakit berjangkit yang diakibatkan oleh Bordetella pertussis, yang dicirikan oleh hidung berair, batuk yang berulang-ulang dan diakhiri dengan sedutan nafas yang panjang dan berbunyi; batuk jenis ini kerap mengakibatkan berlakunya muntah dan dalam kes yang teruk perdarahan mungkin berlaku. Sin: batuk kokol |