direct stress | tegasan langsung | Fizik | Mekanik | Tegasan yang bebannya melalui pusat graviti sesuatu permukaan pada arah tegak terhadap permukaan tersebut dan dengan yang demikian taburan beban ini sama rata. |
frame construction | binaan berangka | Alam Bina | Tiada | Binaan yang sebahagian besar bebannya disokong oleh rangka. |
ribbed slab | papak berusuk | Kejuruteraan | Tiada | Lantai konkrit bertetulang yang bahagian pengalas bebannya terdiri daripada rasuk tee yang diperkukuh dengan bar-bar keluli di bahagian bawah rentang. Sinonim : lantai jubin geronggang; lantai blok geronggang; lantai pot. |
two way slab | papak dua hala | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Papak konkrit yang bebannya diagihkan mengikut arah dua hala dan mempunyai nisbah Ly/Lx � 2. |
load bearing construction | binaan bawa beban | Alam Bina | Tiada | Binaan yang seluruh bebannya ditanggung oleh dinding. |
load bearing construction | binaan bawa beban | Kesenian | Seni Bina | Struktur binaan yang seluruh bebannya ditanggung oleh dinding yang berfungsi sebagai bahagian asas bangunan. Struktur ini biasanya menggunakan bahan-bahan binaan seperti bata, konkrit atau bata blok. |
panel | panel | Alam Bina | Tiada | Komponen bangunan yang dikekang oleh rangka bangunan dan membawa bebannya sendiri. |
free-standing | berdiri bebas | Kesenian | Seni Bina | Berkaitan dengan sesuatu struktur atau elemen struktur yang mampu menanggung bebannya sendiri dan tidak bersandar kepada struktur binaan lain untuk ditegakkan. Contohnya, tiang bendera yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan struktur lain untuk menyokongnya tegak. |
overloaded stream | sungai tersarat , sungai lampau sarat | Geologi | Tiada | Sungai yang penuh sarat dengan endapan yang menyebabkannya terpaksa memendapkan sebahagian daripada bebannya. |
curtain wall | dinding tirai | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Dinding galas yang bahagian luarnya dibina bersama rangka struktur bangunan untuk menahan tekanan angin dan memikul bebannya sendiri. Ia boleh mengandungi rangka besi yang dipasangkan dengan isian panel untuk memberikan ketegaran. |