Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras), Eusideroxylon zwageri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belian II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bai‘ ‘inah financingpembiayaan bai‘ ‘inahEkonomiEkonomi IslamPembiayaan tunai yang melibatkan akad pembelian secara hutang dan penjualan semula secara tunai. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Pelanggan yang ingin mendapatkan pembiayaan tunai menghubungi bank. ii. Pelanggan membeli aset daripada bank secara hutang. iii. Pelanggan menjualkan semula aset tersebut kepada bank secara tunai. iv. Bank menyerahkan harga jualan tunai kepada pelanggan. Melalui cara ini, pelanggan telah berhutang dengan bank melalui akad hutang tetapi kemudiannya berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai. Harga jualan hutang kepada individu biasanya lebih tinggi daripada belian tunai oleh bank. Kaedah pembiayaan ini diamalkan oleh sesetengah perbankan Islam untuk tujuan pembiayaan peribadi. Penerimaan dari sudut syarak adalah berbeza mengikut mazhab kerana dianggap sebagai helah menghalalkan riba. Walau bagaimanapun, kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak apabila proses jual beli ini melibatkan pihak ketiga yang dikenali sebagai pembiayaan tawarr
sukuk istisnasukuk istisna’EkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip istisna’. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembekal tempahan aset manakala pemegang sukuk sebagai pembeli tempahan. Sukuk ini merujuk kepada tempahan aset yang melibatkan pembuatan pertukangan seperti bangunan perumahan, jalan raya dan mesin. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembeli aset daripada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana. ii. pemegang sukuk membeli sukuk daripada pengeluar sukuk sebagai bayaran untuk aset yang ditempah. iii setelah aset yang ditempah siap maka pengeluar sukuk menyerahkan aset kepada pemegang sukuk. Pemegang sukuk mendapat perolehan dengan dua cara, iaitu pertama harga belian aset lebih rendah daripada nilai sukuk. Cara kedua, iaitu sukuk diperniagakan di pasaran sekunder. Sinonim bon istisna’.
sukuk salamsukuk salamEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip salam. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembekal tempahan aset manakala pemegang sukuk sebagai pembeli tempahan. Sukuk ini merujuk kepada tempahan aset yang melibatkan barang makanan seperti minyak, gandum dan pelbagai makanan lain. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembeli aset daripada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara berikut: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana. ii. Pemegang sukuk membeli sukuk daripada pengeluar sukuk sebagai bayaran untuk aset yang ditempah. iii. Setelah aset yang ditempah siap maka pengeluar sukuk menyerahkan aset kepada pemegang sukuk. Pemegang sukuk mendapat perolehan dengan dua cara, iaitu harga belian aset lebih rendah daripada nilai sukuk dan sukuk diperniagakan di pasaran sekunder. Sukuk salam berbeza dengan sukuk istisna’ dalam aspek kaedah bayaran dan kaedah penyerahan aset. Sinonim bon salam.

Kembali ke atas