Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.da.a.da]/[ber.a.da.a.da] | براد-اد

Definisi : = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada-ada

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

132

Between a rock and a hard place

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glacier iceais glasierGeologiTiadaAis di glasier atau yang berasal daripada glasier, sama ada berada di daratan atau yang terapung di laut sebagai gunung ais.
thermal scannerpengimbas habaKesihatan AwamTiadaAlat yang digunakan untuk mengesan suhu badan individu sama ada berada dalam keadaan normal atau menunjukkan gejala jangkitan virus, seperti demam.
unsightedtidak dapat dilihatSukanTiada1. Tidak dapat dilihat: Keadaan apabila isyarat yang ditunjukkan oleh hakim garis yang membawa makna tiada kepastian tentang kedudukan bulu tangkis, sama ada berada di luar atau di dalam garisan, sewaktu permainan berlangsung.
basinlembanganKejuruteraanPetroleumBahagian kerak bumi yang melendut (berupa lekukan) yang berada sama ada di bawah atau di atas dari aras laut dan menjadi tempat longgokan sedimen yang diangkut oleh agen-agen angkutan seperti air mengalir, angin dan glasier. Di antara contoh lembangan ialah laut, tasik dan lembah sungai.
glacier iceais glasierHidrologiTiadaAis di glasier atau yang berasal dari glasier, sama ada yang berada di daratan atau yang terapung di laut sebagai gunung ais.
distributed data processing (DDP)pemprosesan data teragih (DDP)Teknologi MaklumatPerisianPemprosesan data atau aplikasi pemprosesan data yang dilakukan di lokasi dan komputer yang berbeza yang dihubungkan antara satu sama lain dalam satu sistem rangkaian komputer. Contohnya, tugas tertentu dapat dilaksanakan oleh komputer yang khusus sama ada berada di lokasi yang sama atau lokasi yang jauh. Hal ini bererti susunan komputer yang dirangkaikan dalam DDP memberikan kelebihan keupayaan pemprosesan data dan menyediakan kebolehskalaan yang lebih tinggi merentasi rangkaian yang sedia ada. Susunan ini agak berbeza dengan pengkomputeran terpusat.
black powerkuasa kulit hitamSains PolitikPolitik PerbandinganSlogan yang menjelaskan tentang aspirasi masyarakat kulit hitam keturunan Afrika sama ada yang berada di Afrika atau di luar Afrika berhubung dengan persoalan kemandirian kebangsaan. Slogan ini menghuraikan kesedaran bersama secara positif di kalangan masyarakat berkulit hitam. Slogan ini juga menyeru semua masyarakat kulit hitam ulltuk mewujudkan satu identiti sepunya di kalangan mereka sebagai satu kelompok etnik, menegakkan budaya kulit hitam dan bekerjasama secara kolektif ke arah yang lebih progresif. Dari segi sejarah, slogan ini dipopularkan oleh seorang pejuang kulit hitam di Amerika Syarikat iaitu, Willie Ricks (sekarang lebih popular dengan panggilan Mukasa) di sekitar tahun 1960-an. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Masyarakat Afrika di Amerika Syarikat. Antara tokoh lain ialah Muhammad Ali, Martin Luther King dan Malcolm X.
syntenic testujian sintenikBiologiGenetikKaedah untuk menentukan sama ada dua gen berada di atas kromosom yang sama dalam genetik sel soma.
synchronizerpenyegerakTeknikElektrikPeranti yang menunjukkan bahawa mesin atau alat tertentu berada dalam keadaan segerak. Ada beberapa jenis peranti penyegerak, termasuklah lampu kerdip, meter arus/voltan, dan osiloskop.
bag discriminatorpengasing karungPentadbiran PerniagaanTiadaAlat elektronik yang digunakan untuk mengesan sama ada karung mel berada atau tidak di konveyor rantai.
123456789

Kembali ke atas