PCX | PCX | Teknologi Maklumat | Tiada | Kependekan bagi PC PaintBrush X. PCX ialah format fail grafik raster untuk memampat imej monokrom, warna 2-bit, 4-bit, 8-bit, dan 24-bit. Format ini menggunakan RLE untuk menghasilkan nisbah pemampatan 1.1:1 hingga 1.5:1. Lazimnya format ini digunakan untuk imej latar belakang oleh aplikasi grafik yang digunakan pada komputer peribadi (PC). Format PCX dibangunkan oleh Zsoft Corporation untuk digunakan secara komersil pada program PC Paintbrush. Fail imej PCX berakhir dengan ‘.pcx’. Lihat pengekodan panjang jalan (RLE). |
cecal | sekal | Perubatan | Tiada | 1. Berakhir dalam laluan buntu.,2. Berkenaan dengan sekum.,3. Berkaitan titik buta pada medan penglihatan. |
caecum | sekum | Perubatan | Tiada | 1. Sebarang struktur atau bahagian yang berakhir dengan kantung atau saku buta. |
rigor mortis | rigor mortis | Veterinar | Praklinikal | Perubahan khusus post mortem yang berlaku pada bangkai; iaitu pengkakuan kesemua otot selepas mati dan dikaitkan dengan pengecutan gentian otot apabila adenosina trifosfat dalam sel berkurangan. Rigor mortis mula berlaku antara 1 hingga 6 jam dan berakhir antara 1 hingga 2 hari. Proses rigor mortis ini lebih cepat berlaku pada bangkai haiwan yang kekurangan makanan daripada haiwan yang diberi makanan secukupnya. |
railhead | pangkalan kereta api | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tempat lalu lintas jalan rel bermula dan berakhir.,2. Bahagian paling atas rel, yang menyokong roda-roda kenderaan jalan rel.,3. Hujung sementara bagi landasan jalan kereta api yang dalam pembinaan. |
oscillation | ayunan | Matematik | Tiada | 1. Gerakan pergi balik atau turun naik, dengan satu ayunan terjadi satu gerakan lengkap iaitu bermula dan berakhir pada titik yang sama. |
line of electric force | garis daya elektrik | Kejuruteraan | Tiada | 1. Daya yang bermula dari suatu cas positif dan berakhir di cas negatif.,2. Garis khayalan pada medan elektrik, yang sama arahnya dengan keamatan medan pada setiap titik. |
cue mark | tanda isyarat | Komunikasi | Tiada | Tanda kecil berbentuk bulatan yang tercatat di sudut atas kanan bingkai filem. Tanda ini diletakkan kira-kira 1 meter sebelum filem di gelendong berkenaan berakhir. Tujuannya ialah untuk memberi isyarat kepada jurutayang supaya bersedia untuk memutar filem di gelendong yang seterusnya. |
lane markings | tanda lorong | Sukan | Tiada | Jalur pada dasar kolam, di tengah-tengah setiap lorong. Jalur ini perlu berwarna kontras dengan warna dasar kolam dan berukuran satu 1. m lebar. Setiap jalur berakhir pada jarak dua 2. m dari kedua-dua hujung kolam. Ia digunakan sebagai panduan arah kepada peserta. |
degree of saturation | darjah ketepuan | Sains | Hidrometeorologi | 1. Keadaan medium berliang yang lowongnya dipenuhi air. 2. Nisbah ruang berliang yang dipenuhi air terhadap jumlah ruang berliang. 3. Keadaan udara lengas yang dicirikan oleh keseimbangan sementara atas dari permukaan sejatan di antara molekul yang berpisah dari dan yang turun ke permukaan itu. Penyejatan berakhir dalam keadaan itu. 4. Keadaan keseimbangan dinamik bahan terlarut antara fasa yang berlainan sebagai wap, cecair atau pepejal. |