CAD/CAM (computer-aided design/computer aided manufacturing) | CAD/CAM (reka bentuk berbantu komputer/pembuatan berbantu komputer) | Teknologi Maklumat | Tiada | Penyepaduan CAD dan CAM. Produk yang dihasilkan oleh CAD akan menjadi input langsung kepada CAM. |
CIM (computer integrated- manufacturing) | CIM (pembuatan sepadu komputer) | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Pendekatan penyatuan yang tersusun terhadap semua penggunaan dalam pembuatan seperti reka bentuk berbantu komputer (CAD), pembuatan berbantu komputer (CAM), robotik dan sistem maklumat pembuatan. 2. Automasi sistem pembuatan yang menggabungkan teknologi sistem maklumat dan teknologi siber. |
CAPP (computer aided process planning) | CAPP (perancangan proses berbantu komputer) | Teknologi Maklumat | Tiada | Tindakan lanjutan daripada reka bentuk berbantu komputer (CAD) yang membolehkan jurutera mensimulasi proses pembuatan produk baru sebelum reka bentuk produk tersebut diluluskan. |
assisted pollination | pendebungaan berbantu | Pertanian | Agroteknologi | Proses pendebungaan yang melibatkan manusia bagi tujuan meningkatkan hasil tanaman. Contohnya, butir-butir debunga dikutip dan disembur kepada bunga betina secara manual, yang dilakukan pada tanaman kelapa sawit dan jagung. Pendebungaan berbantu juga boleh dilakukan dengan menggunakan jenis serangga tertentu. Contohnya, penggunaan serangga yang dikenali sebagai Elaedobius komerunicus, yang dibawa masuk ke Malaysia dari negara Cameroon, sangat bermanfaat dalam meningkatkan kadar pendebungaan kelapa sawit dan seterusnya meningkatkan penghasilannya. |
intelligent Computer Assisted Instruction (intelligent CAI) | kecerdasan Pengajaran Berbantu Komputer (kecerdasan CAI) | Pendidikan | Tiada | Pengajaran berbantu komputer pintar dengan perisian logik berasaskan prinsip kecerdasan buatan. |
pollination | pendebungaan | Pertanian | Agronomi | Pemindahan debunga dari anter ke stigma untuk membolehkan persenyawaan. Proses pendebungaan yang lengkap akan menentukan hasil yang tinggi. Pendebungaan boleh berlaku dengan dua cara, iaitu pendebungaan semula jadi, dan pendebungaan berbantu. Pendebungaan semula jadi dilakukan oleh agen pendebungaan, manakala pendebungaan berbantu melibatkan bantuan manusia. Contohnya, alat pendebunga digunakan dalam pendebungaan berbantu kelapa sawit. |
jack | bicu/jek | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat atau mesin yang digunakan untuk mengangkat beban yang berat pada jarak yang kecil dengan bantuan skru atau secara hidraulik. Bicu berbantu skru terdiri daripada batang skru mendatar yang perlu diputar dengan tangan untuk menaikkan mekanisme pautan empat bar. Bicu berbantu hidraulik pula menggunakan silinder anjakan dan injap pelega. Alat ini banyak terdapat pada kenderaan bermotor dan di bengkel. |
assisted pollination | pendebungaan berbantu | Pertanian | Tiada | Tiada |
assisted labour | pelahiran berbantu | Kejururawatan | Tiada | Pelahiran bayi yang menggunakan alat seperti forseps dan vakum untuk memudahkan bayi dikeluarkan. |
computer-aided drawing | lukisan berbantu komputer | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |