angelica | angelika (brandi) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sayuran berbatang yang telah diproses untuk dijadikan hijau bagi hiasan kek. |
angelica | angelika (brandi) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sayuran berbatang yang telah diproses untuk dijadikan hijau bagi hiasan kek. |
Herb | Herba | Pertanian | Tiada | Tumbuhan vaskular berbiji, berbatang lembut dan tidak berkayu. Kebanyakannya jenis semusim iaitu hidup satu kitaran musim lengkap dan mempunyai kitaran hidup yang pendek. Contohnya bayam, keembong, bunga matahari dan cika emas. Terdapat juga jenis herba saka contohnya pisang dan lengkuas |
aponogeton | aponogeton | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan tidak berbatang yang akarnya berada di dasar air. Daunnya berbentuk bujur panjang dan mempunyai rongga udara yang membolehkan pokok ini tegak di dalam air. Daunnya tumbuh bermula dari dasar tanah dan mempunyai hanya 5 – 6 helai daun. Bunga pokok ini berbentuk seperti kepala itik dan tumbuh di permukaan air, manakala daunnya berada di dalam air. Tumbuhan ini dijadikan tumbuhan dalam akuarium. Jenis-jenis aponogeton, termasuklah Aponogeton boivinianus, Aponogeton capuroni, Aponogeton crispus dan Aponogeton elongatus. |
shrub | pokok renek | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan berbatang keras dan tumbuh tidak lebih daripada 6 meter. Contohnya, pokok senduduk (Melastoma malabathricum), siantan (Ixora spp.) atau pokok teh (Camellia sinensis). Pokok renek biasanya mempunyai banyak cabang yang berdaun lebat. Rupa bentuk pokok ini mudah dikawal dengan cara pencantasan. |

poker vibrator | penggetar cucuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Penggetar yang berbatang lurus yang hujungnya dilengkapi dengan alat pemutar. Ia dapat memberikan gegaran putaran apabila hujungnya dibenamkan ke dalam konkrit baru. |
asparagus (Asparagus officianalis) | asparagus (Asparagus officianalis) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sayur berbatang sepanjang 15-20cm, mempunyai pucuk mata lembing dan bergaris lintang 3.5cm. |
herb | herba | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan vaskular yang berbiji, berbatang lembut dan tidak berkayu. Kebanyakannya jenis semusim, iaitu hidup pada satu kitaran musim lengkap dan mempunyai kitaran hidup yang pendek. Contohnya, bayam, keembong, bunga matahari dan cika emas. Terdapat juga jenis herba saka seperti pisang dan lengkuas. |
bar | bar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Logam yang berkeratan bulat dan berbatang lurus yang digunakan sebagai tetulang dalam pembinaan struktur konkrit. Keluli lembut dan keluli berbunga merupakan dua jenis bar tetulang yang sering digunakan sebagai tetulang konkrit. |