Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dijelaskan, dilunaskan: hutangnya di kedai itu belum ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dpt dijelaskan (ttg hutang, harga barang-barang yg dibeli dsb); Hutangnya belum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbayar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
losses incurredkerugian tertanggunginsuransTiadaJumlah kerugian berbayar atau belum berbayar yang ditanggung oleh insurer dalam tempoh tertentu.
losses incurredkerugian tertanggungPentadbiran PerniagaanTiadaJumlah kerugian berbayar atau belum berbayar yang ditanggung oleh insurer dalam tempoh tertentu.
set-top boxkotak set-atasTeknologi MaklumatTiadaKotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya.
non-paid circulationedaran tak berbayarKomunikasiKorporatPengedaran bahan penerbitan tanpa bayaran kepada pelanggan individu atau institusi. Bagi membolehkan edaran tak berbayar dilakukan, pelanggan perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penerbit sesuatu bahan penerbitan. Syarat tersebut ialah pelanggan perlu mempunyai kepentingan perniagaan, kuasa beli, dan kepentingan imej serta memiliki reputasi jangka panjang. Bahan penerbitan ini dihasilkan dalam bentuk majalah, akhbar atau terbitan khas. Penerbitan jenis ini biasanya mengandungi maklumat yang mempunyai daya tarikan umum yang biasanya dikaitkan dengan motif perniagaan untuk meningkatkan pasaran dan keuntungan bagi barangan yang diiklankan. Selain itu, penerbitan ini juga mempunyai kecenderungan kandungan yang memiliki unsur tanggungjawab sosial, seni, dan kebudayaan. Tujuan akhir edaran tak berbayar adalah untuk memperkukuh citra pelanggan dan citra korporat sesebuah syarikat penerbitan.
paid-up insuranceinsurans berbayarinsuransTiadalih. insurans hayat berbayar.
paid reachjangkauan berbayarTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaBilangan pengguna yang melihat kandungan atau iklan berbayar pada platform digital.
reply-paid postcardposkad jawapan berbayarPentadbiran PerniagaanTiadaPoskad yang mempunyai bahagian untuk jawapan berbayar.
loss rationisbah kerugianinsuransTiadaPerbandingan di antara kerugian dengan premium berbayar. Pengatas (kerugian) adalah sama ada kerugian tertanggung atau kerugian berbayar dan pembawah (premium) adalah sama ada premium terperoleh atau bertulis, bergantung ke atas penggunaan nisbah kerugian tersebut.
reduced paid-up insuranceinsurans berbayar terkuranginsuransTiadaInsurans yang ditawarkan sebagai satu pilihan dalam faedah tidak lucut hak. Insurans ini memperuntukkan nilai tunai polisi yang digunakan sebagai premium tunggal untuk memiliki insurans berbayar yang berpatutan tetapi kurang daripada jumlah muka asal dalam kebanyakan kes.
qualified circulationedaran teristimewaKomunikasiKorporatPengedaran bahan penerbitan secara percuma atau berbayar dengan diskaun istimewa untuk sesuatu kelompok pelanggan tetap dan terpilih. Bahan penerbitan ini boleh dalam bentuk majalah atau akhbar, dan mengandungi maklumat yang mempunyai daya tarikan umum. Kandungannya biasa dikaitkan dengan motif perniagaan dan iklan. Contohnya, penggunaan gambar personaliti terkenal dalam sesebuah majalah perniagaan. Gambar personaliti tersebut biasanya digunakan untuk menghiasi halaman hadapan majalan berkenaan. Di dalamnya, disiarkan rencana tentang personaliti tersebut yang dikaitkan dengan sesuatu barangan yang diiklankan. Di samping itu, terdapat juga maklumat untuk pengguna seperti resepi masakan, keselamatan penggunaan barangan dan penjagaan kesihatan. Penerbitan ini biasanya diedarkan kepada pengguna yang terpilih dan dianggap mempunyai kuasa beli. Sinonim edaran terkawal. Lihat juga edaran tak berbayar, edaran berbayar.
1234567

Kembali ke atas