Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.ti/] | بردتيق

Definisi : 1. = mendetik berbunyi spt bunyi jam dll: pensel yg di atas meja itu jatuh ~; 2. berkata (di dlm hati): melihat kejadian itu, hatinya ~, “manusia ini tidak waras otak­nya”; 3. berdebar (bkn perasaan): hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.ti/] | بردتيق

Definisi : 1 berbunyi spt bunyi jalan jam dll. 2 berdebar (bkn hati, perasaan): Hatinya ~ dan risau ketika menunggu kepulangan adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdetik

Puisi
 

Daging punai dalam dulang,
     Kasi makan Datuk Temenggung;
Jangan bawa resmi udang,
     Ekor berdetik tahi dijunjung.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
time dilationdilasi masaFizikMekanikKesan perubahan masa yang dijangka oleh teori kerelatifan khas bahawa jika di dalam rangka rehatnya, sebuah jam berdetik t saat, maka, daripada pemerhatian seorang pemerhati dari rangka yang bergerak dengan laju v jam itu secara relatif pada rangka rehat kelihatan berdetik sebanyak:

Kembali ke atas