Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.diam] | برديام

Definisi : = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.diam] | برديام

Definisi : = ~ diri 1 tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2 ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiam

Peribahasa

512

A shut mouth catches no flies

Lebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkan

Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam

As my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. A shut mouth catches no flies.

Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
akathisiaakatisiaPerubatanTiadaKegelisahan motor yang mengakibatkan pesakit tidak dapat berdiam diri. Keadaan ini merupakan salah satu gejala penyakit Parkinson.
silent treatmentperlakuan heningPsikologiTiadaTindakan mengabaikan sepenuhnya seseorang atau benda, dengan berdiam diri sebagai cara menyatakan penghinaan atau penolakan.
abetbersubahatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan memudahkan atau membantu secara aktif individu jenayah. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak melakukan sesuatu atau berdiam diri terhadap jenayah tersebut, maka dia tidak akan dianggap sebagai bersubahat. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, konsep bersubahat dapat dilihat dalam kes Furundzija, (komandan perang di negara bekas Yugoslavia) yang dituduh bersubahat dalam melakukan jenayah seksual terhadap mangsa perang. Dalam kes ini, Anto Furundzija (si tertuduh) telah menyoal siasat mangsa ketika mangsa dirogol dan diserang secara seksual oleh seorang individu lain. Tribunal Jenayah Antarabangsa bekas Yugoslavia memutuskan bahawa kehadiran dan perbuatan si tertuduh menyoal siasat mangsa ketika mangsa dirogol adalah perbuatan membantu dan bersubahat dalam jenayah kerana si tertuduh memberikan bantuan, galakan dan sokongan moral kepada pesalah seksual tersebut. Furundzija telah didapati bersalah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. lain dengan pengetahuan
the silent majoritymajoriti senyapSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan terbesar dalam sebuah masyarakat atau dewan perhimpunan tetapi tidak melahirkan pendapat, tidak mengundi atau tidak dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Golongan ini tidak menggunakan kelebihan komposisi majoritinya sebaliknya lebih suka berdiam diri. Majoriti senyap merupakan golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Contohnya, penduduk wanita dalam sesebuah negeri sering dianggap sebagai golongan majoriti senyap.
persistent objectorpembantah berterusanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNegara yang menyanggah sesuatu amalan negara lain secara berpanjangan, tanpa gagal. Walaupun amalan tersebut pada akhirnya menjadi undang-undang adat antarabangsa yang mengikat semua negara, tetapi undang-undang adat antarabangsa tidak akan mengikat negara pembantah berterusan tersebut. Tiada kewajipan antarabangsa yang boleh diberikan kepada sesebuah negara tanpa persetujuan negara berkenaan kerana semua negara merupakan entiti yang berdaulat. Sekiranya sesebuah negara tidak membantah sesuatu amalan negara lain, maka tindakan berdiam diri boleh dianggap sebagai menyatakan persetujuan secara tersirat. Contoh negara pembantah berterusan ialah Norway dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries yang diputuskan pada tahun 1951. Dalam kes ini, Norway menggunakan garis pangkal lurus untuk menetapkan perairan wilayahnya. Britain mendakwa Norway telah melanggar undang-undang adat antarabangsa kerana tidak menggunakan garis pangkal normal yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Kesannya, perairan

Kembali ke atas