Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.nang] | برݢنڠ

Definisi : tidak mengalir, bertakung (air), berlinang (air mata): air di sawah itu ~, tidak meresap masuk ke dlm bumi; air matanya mulai menggenang; perempuan itu mengesat air mata yg ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.nang] | برݢنڠ

Definisi : tidak mengalir (ttg air dll); bertakung; berlinang (ttg air mata): Apabila mendengar cerita itu, air matanya ~ dan kemudian mengalir membasahi pipinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergenang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cienagacienagaGeologiTiadaKawasan berpaya yang tanahnya lembap disebabkan kehadiran mata air atau tirisan, biasanya bergenang dengan air dan terdapat tumbuh-tumbuhan dengan amat banyaknya.
morainal laketasik morainGeologiTiada1. Tasik yang memperoleh airnya dari peleburan ais glasier.,2. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh pemendapan glasier.,3. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk di batuan dasar oleh hakisan glasier.,4. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh runtuhan bahan basuhan keluar yang mengelilingi jisim ais bergenang.

Kembali ke atas