Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.tah] | برݢته

Definisi : 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.tah] | برݢته

Definisi : 1 ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2 berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. 3 ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan, cara berpakaian dsb, ttg wanita). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergetah

Peribahasa

Menantikan ara tak bergetah.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rubbrybergetahKejuruteraanTiadaTiada
laticiferous cellsel bergetahPerhutananTiadaTiada
rubberized bitumenbitumen bergetahKejuruteraan AutomotifTiadaBahan pengikat yang terdiri daripada bitumen dan getah yang digunakan dalam bancuhan berbitumen untuk turapan boleh lentur.
bitumen-rubber binderbitumen bergetahKejuruteraan AutomotifTiadaBahan pengikat yang terdiri daripada bitumen dan getah yang digunakan dalam bancuhan berbitumen untuk turapan boleh lentur. Sinonim: rubberized bitumen
contact cementsimen sentuhKejuruteraanPolimerPolimer bergetah terubahsuai yang digunakan sebagai perekat dalam bentuk larutan. Pemeluwapan pelarut dan air meninggalkan lapisan saput polimer bersifat agen pelekat.
glutenglutenMakanan dan PemakananTeknologi MakananBahan bergetah yang diperoleh dengan membasuh tepung gandum secara perlahan-lahan menggunakan air yang banyak untuk mengeluarkan kanjinya. Gluten merupakan kompleks yang terbentuk daripada protein gliadin dan glutenin. Kompleks gluten membentuk rangkaian kenyal tiga-dimensi yang membolehkan tepung gandum memerangkap gas untuk menghasilkan isi padu dan tekstur roti yang baik.
corsetkorsetPentadbiran PerniagaanTiadaPakaian dalam wanita yang ketat dan bergetah seperti bengkung untuk menyokong tubuh di antara dada ke pinggang atau terus ke pangkal paha, kadang-kala bercangkuk dan berenda.
fatiguelesuKejuruteraanPolimerUkuran pelemahan bahan, terutamanya elastomer atau sbatian bergetah, yang disebabkan oleh herotan atau tegasan yang berulang kali.
plasticizationpemplastikanKejuruteraanPolimerPenukaran polimer keras dan berkaca kepada pepejal fleksibel dan bergetah hasil tindakan sebatian organik, seperti ester.
blue stainnoda biru/bintik biruPentadbiran PerniagaanTiadaTanda kebiru-biruan pada kayu bergetah, yang disebabkan oleh berbagai-bagai jenis kulat.
12

Kembali ke atas