beri-beri | beri-beri | Biologi | Ekologi | Satu bentuk polyneuritis, iaitu kerosakan saraf periferi yang menyebabkan lumpuh, yang terjadi pada mamalia, burung, dan mungkin juga haiwan lain disebabkan oleh kekurangan vitamin B. Penyakit ini sering terjadi ketika kebuluran dan boleh menjadi salah satu faktor kawalan semula jadi haiwan. |
wet beri-beri | beri-beri basah | Perubatan | Tiada | Tiada |
thiamine | tiamina | Perubatan | Tiada | 1. Vitamin B Kompleks dan larut air yang menyebabkan beri-beri jika kekurangannya. |
avitaminosis | avitaminosis | Gerontologi | Tiada | Keadaan atau penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin dalam diet. Contohnya, penyakit skurvi atau beri-beri. |
avitaminosis | avitaminosis | Perubatan | Tiada | Keadaan atau penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin di dalam diet. Misalnya, penyakit skurvi atau beri-beri. |
thiamine | tiamina | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Salah satu daripada vitamin B kompleks. Vitamin ini terdapat dalam sayuran hijau, jagung dan kuning telur. Kekurangan vitamin ini mengakibatkan penyakit beri-beri. |
deficiency disease | penyakit kekurangan | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Keadaan apabila kekurangan nutrien tertentu dalam diet terutamanya vitamin dan mineral. Keadaan ini berpunca daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi, masalah penghadaman atau penyerapan nutrien. Contohnya, pelagra, beri-beri dan skurvi. |
thiamine | tiamina | Veterinar | Tiada | Vitamin larut air dan tergolong dalam kumpulan vitamin B. Vitamin ini diperlukan dalam metabolisme karbohidrat dan bertindak sebagai koenzim karboksilase. Vitamin ini juga penting untuk mengekalkan selera makan, membantu kekejalan otot dan kesempurnaan fungsi saraf permukaan. Kekurangan vitamin ini menyebabkan penyakit beri-beri, anoreksea dan polineuritis. Sumber yang baik diperoleh daripada hasil sampingan gandum, dedak padi, yis, kekacang dan dedaun hijau. Sinonim vitamin B1. |
deficiency disease | penyakit kurang zat | Biologi | Fisiologi | Keadaan patologi pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, disebabkan kekurangan beberapa bahan nutrien yang penting contohnya penyakit reput perdu disebabkan kekurangan boron, atau pada mamalia disebabkan kekurangan vitamin, seperti kekurangan vitamin A menyebabkan pertumbuhan yang tidak sempurna, kekurangan vitamin B1 menyebabkan penyakit beri-beri dan sebagainya. |
berry | beri | Biologi | Ekologi | Buah benar yang terbentuk daripada bunga berovari superior, seperti pisang. Beri mempunyai perikarpa yang terdiri daripada epikarpa yang nipis, serta mesokarpa dan endokarpa yang tebal dan berlendir. Biasanya beri mengandungi banyak biji, seperti tomato dan betik, tetapi ada juga yang berbiji tunggal, seperi buah pala. |