communication skill | kemahiran komunikasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan maklumat yang ada pada individu tertentu. Kemahiran komunikasi ini penting dalam pentadbiran agar segala maklumat, mesej serta maksud yang tersurat dan tersirat yang hendak disampaikan dapat difahami dengan mudah dan jelas. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dapat berinteraksi dengan cara lisan dan bertulis dengan lebih berkesan. Seorang penjawat awam perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif dan efisyen. |
dynamic routing protocol | protokol penghalaan dinamik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol yang membenarkan peranti rangkaian mendapatkan maklumat talaan secara automatik. Contohnya, penghalaan dinamik RIP, EIGRP terjadi apabila penghala berinteraksi dengan penghala bersebelahan dengan menyatakan jenis rangkaian yang dihubungkan. Penghala perlu berinteraksi menggunakan protokol penghalaan yang sedia ada. |
natural nanoscale sensor | sensor nanoskala semula jadi | Fizik | Nanoteknologi | Penderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan. |
interacting | berinteraksi; saling tindak | Pendidikan | Tiada | Tiada |
interacting | berinteraksi; saling tindak | Sejarah | Tiada | Tiada |
interactive score unit | unit markat berinteraksi | Pendidikan | Tiada | Tiada |
cobot | kobot | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis robot yang berinteraksi secara terus dengan manusia. Prototaip asal kobot telah digunakan dalam industri pemasangan kereta untuk membawa komponen yang berat seperti kerusi dan papan meter ke dalam kereta supaya tidak merosakkan kereta jika dibandingkan dengan tenaga manusia. |
interpersonal skill | kemahiran antara perorangan | Pentadbiran | Tiada | Kebolehan berinteraksi dan saling berhubung antara individu dengan individu yang lain. |
external entity | entiti luaran | Teknologi Maklumat | Tiada | Objek yang berinteraksi dengan sistem dalam gambar rajah aliran data. |
dot command | perintah bintik | Teknologi Maklumat | Perisian | Mekanisme untuk berinteraksi dengan sistem pengendali atau perisian bagi melakukan tugas tertentu. Pendekatan ini berlainan dengan penggunaan tetikus berserta antara muka grafik untuk memilih sebarang opsyen yang dikehendaki dengan hanya mengklik pada butang tetikus. Mekanisme ini membolehkan komputer melakukan tugas berdasarkan perintah yang diberi dengan menaip perintah tersebut dan menekan butang ‘Enter’. Penterjemah garis perintah akan menerima perintah yang ditaip dan seterusnya melaksanakan perintah tersebut. Contoh perisian yang menggunakan perintah bintik ialah Matlab. |