Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan.ja.lan] | برجالن - جالن

Definisi : 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.lan.ja.lan] | برجالن - جالن

Definisi : 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Baiklah baik berjalan-jalan,
     Kalau takut bawalah teman;
Alangkah merpati berpasang-pasangan,
     Mengapa orang tidak berkawan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Macam kepiting jalan.

Bermaksud :

Orang yang berjalan miring.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
night walkjejak malamUmumTiadaAktiviti berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu malam di kawasan tertentu. Aktiviti ini juga selalunya dijalankan di kem-kem latihan bagi menguji keberanian dan kekentalan jiwa seseorang.
evening walkjejak petangUmumTiadaAktiviti berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu petang di kawasan tertentu untuk menikmati keindahan pemandangan.
promenade deckgeladak persiaranPelanconganTiadaTempat yang digunakan oleh penumpang kapal untuk berjalan-jalan dan bersantai.
passive ecotourismekopelancongan pasifPelanconganTiadaAktiviti ekopelancongan yang berasaskan aktiviti kurang cergas, seperti berjalan-jalan di laluan hutan.
dog runjalur anjingLandskapTiadaDenai yang dibuat khas di taman untuk orang ramai membawa anjing berjalan-jalan bagi mengelakkan anjing tersebut mengganggu pengguna lain.
greyhair tourismpelancongan warga tuaPelanconganTiadaAktiviti yang bersesuaian dengan pelancong yang sudah lanjut usia, seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar.
keroncongkeroncongMuzikTiada

 Genre muzik sosial yang berasal dari Betawi, iaitu Jakarta pada abad ke-16 dan abad ke-17. Pada masa itu, keroncong dinyanyikan oleh kaum lelaki Serani kelas bawahan yang diberi gelaran Buaya Keroncong. Mereka berjalan-jalan di ban­dar sambil menyanyikan lagu keroncong pantun kasih sayang kepada kaum wanita. Ensembel dan idiom keroncong diiringi penyanyi, biola, flut, cak dan cuk, gitar, celo dan dabal bes. Flut memainkan melodi secara heterofoni, sementara dua gitar kecil, iaitu cak dan cuk bermain silih berganti seperti saron dan bonang. Alat muzik gitar berfungsi untuk melengkapkan irama, celo dimainkan secara pizzicato, iaitu meniru rentak gendang manakala dabal bes pula memainkan not bes. Contoh beberapa jenis keroncong ialah keroncong asal (keroncong asli Jawa), keroncong stambul (keroncong yang dipersembahkan dalam teater komedi stambul) dan keroncong langgam (keroncong lain yang bukan keron­cong asli

pedestrianpejalan kakiAlam BinaTiadaPengguna jalan yang berjalan kaki.
road race walklumba jalan kaki lebuh rayaSukanTiadaPertandingan berjalan kaki di jalan raya, seperti acara 20 km dan 50 km.
race walkingacara lumba jalan kakiSukanTiadaAcara jalan kaki yang melibatkan gaya berjalan yang berterusan di atas permukaan balapan atau jalan raya, dengan setiap langkah kaki yang menimbang badan hendaklah ditegakkan seketika.
12

Kembali ke atas