Irish famine | kelaparan Irish | Biologi | Patologi | Mala petaka yang menyebabkan berjuta-juta penduduk Ireland mati kelaparan pada tahun 1885, kerana kekurangan makanan. Berjuta-juta orang pula telah berhidrah ke Amerika Urata. Hal ini disebabkan epidemi penyakit hawar lewat, pada kentang yang disebabkan oleh kulat phytophthora infestans. |
ferromagnetic material | bahan feromagnet | Kimia | Tiada | yang menunjukkan ketelusan relatif jauh melebihi uniti, sehingga berjuta-juta. |
mainframe computer | komputer kerangka utama | Komputer | Tiada | Komputer besar yang berkuasa tinggi, yang boleh mencapai berjuta-juta aksara data dan boleh memproses data dengan cepat. |
ferromagnetic substance | benda feromagnet | Kimia | Tiada | Bahan yang menunjukkan ketelusan relatif jauh melebihi uniti, sehingga berjuta-juta. |
next-generation sequencing (NGS) | penjujukan generasi hadapan (NGS) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menjujuk dan memproses berjuta-juta fragmen DNA dan RNA secara selari dengan lebih cepat dan murah berbanding dengan teknik jujukan Sanger. |
fossil fuel | bahan api fosil | Geologi | Tiada | Bahan daripada zat haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang tertimbus berjuta-juta tahun di dalam batuan atau di celah lapisan batuan, yang dikeluarkan untuk digunakan sebagai bahan api. |
Winchester disk | cakera Winchester | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cakera keras yang biasanya di dalam unit berbentuk kotak yang menyimpan maklumat berjuta-juta aksara. |
DNA microarray | mikroatur DNA | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Teknologi untuk mengkaji beribu-ribu gen pada masa yang sama. Asas teknologi ini bergantung pada berjuta juta bebenang DNA tunggal yang diimobilisasikan pada substrat pepejal, seperti gelas atau kaca. Bebenang yang dipanggil prob ini boleh mewakili gen-gen atau sebarang jujukan DNA bergantung pada aplikasi. |
alveolar collapse | penguncupan alveolus | Perubatan | Tiada | Pengecilan alveolus disebabkan tarikan graviti terhadap alveolus di bahagian zon 4 dalam paru-paru. Paru-paru biasanya terdiri daripada berjuta-juta alveolus yang dibahagikan kepada empat zon, iaitu zon 1, 2, 3 dan 4. Penguncupan alveolus juga boleh disebabkan tekanan secara terus pada paru-paru, pneumotoraks tensi dan sumbatan dalam saluran pernafasan. Manifestasi penguncupan alveolus boleh mengakibatkan penurunan ketepuan oksigen (hipoksia) dan kekurangan kandungan oksigen dalam darah (hipoksemia). |
lambda virus (λ) | virus lambda (λ) | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Virus yang menjangkiti Escherichia coli yang boleh wujud sebagai profaj (keadaan lisogeni) atau bereplikasi dan menyebabkan sel lisis. Proses ini membebaskan berjuta juta partikel faj yang baharu. Partikel ? terdiri daripada kepala ikosahedral dan ekor. Bahagian kepalanya pula mengandungi genom bebenang DNA ganda dua. Virus ? telah dikaji dengan mendalam sebagai model jangkitan virus dan replikasi, di samping digunakan sebagai vektor pengklonan dalam kejuruteraan genetik. |