type III vascular bundle | berkas vaskular jenis III | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri, dan terdapat berkas serabut yang terpisah daripada tisu vaskular utama. Berkas vaskular jenis III hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis pisah tengah. |
type IV vascular bundle | berkas vaskular jenis IV | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut yang nipis, dan terdapat dua berkas serabut yang terpisah daripada tisu vaskular utama. Berkas vaskular jenis IV hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis pisah tengah ganda dua. |
bundle sheath | selaput berkas | Botani | Tiada | Lapisan sel yang mengelilingi berkas vaskular dalam daun dan sesetengah batang tumbuhan. Selaput berkas biasanya terdiri daripada sel parenkima dan kadangkala boleh juga terdiri daripada se; sklerenkima. Dari segi fisiologi, selaput berkas membantu mengurangkan kehilangan air dan bertindak sebagai lapisan pemisah antara berkas dengan tisu lain. Dalam sesetengah spesies, sel ini mengandungi kloroplas daripada jenis yang terlibat dengan metabolisme Kranz. |
concentric bundle | berkas sepusat | Botani | Tiada | Berkas vaskular yang floem atau xilemnya mengelilingi salah satu di antaranya. Berkas ini dinamakan amfikribal apabila floem mengelilingi xilem, dan amfivasal apabila xilem mengelilingi floem. Apabila dibuat keratan rentas, berkas ini menunjukkan susunan sepusat. |
atrioventricular bundle | berkas atrioventrikel | Kejururawatan | Tiada | Berkas serat otot jantung khusus daripada nodus atrioventrikel ke serat Purkinje yang berfungsi menghantar impuls kontraksi otot jantung ke ventrikel jantung. Ia terdiri daripada berkas kanan dan berkas kiri, satu bagi setiap ventrikel. |
intermediate plexus | pleksus perantaraan | Perubatan | Tiada | Anastomosis berkas-berkas fiber utama ligamen periodontium di antara gigi dan tulang. |
type I vascular bundle | berkas vaskular jenis I | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut secara simetri di sisi xilem dan floem. Berkas vaskular jenis I hanya ditemukan dalam buluh monopodial. Sinonim berkas vaskular jenis terbuka. |
type II vascular bundle | berkas vaskular jenis II | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri dan salah satu sisinya terletak pada bahagian protoxilem, bersaiz lebih besar dan berbentuk seperti kipas. Berkas vaskular jenis II hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis sempit tengah. |
fascicular cambium | kambium fasikel | Botani | Tiada | Jaluran kambium yang tumbuh di antara tisu xilem dengan floem dalam berkas-berkas vaskular kolateral. Sinonim kambium intrafasikel. |
vascular bundle | berkas vaskular | Botani | Tiada | Jaluran tisu vaskular yang terdiri daripada xilem dan floem, yang terdapat dalam tumbuhan vaskular. Kadangkala, di antara xilem dengan vloem terdapat kambium. Biasanya, jaluran ini dikelilingi oleh selaput berkas. Susunan xilem dan floem pada berkas ini dapat menentukan jenis berkas sama ada kolateral, bikolateral atau sepusat. Sinonim tisu vaskular. |