dressed timber | kayu berketam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu gergaji yang telah diketam pada satu permukaan atau lebih. Ada beberapa kategori kayu berketam yang dihasilkan, iaitu kayu berketam dua muka lebar (K2L), kayu berketam satu muka tepi (K1T), dan kayu berketam dua muka tepi (K2T). Ukuran kayu berketam biasanya terkurang sedikit daripada ukuran kayu gergaji yang telah ditetapkan. |
wrought | kayu berketam | Perhutanan | Tiada | Tiada |
undressed timber | kayu tak berketam | Perhutanan | Tiada | Tiada |
dressed timber (surface) | kayu berketam | Perhutanan | Tiada | Tiada |
skips-in-dressing | langkau ketam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian permukaan papan yang tidak berketam setelah keluar daripada mesin pengetam. Keadaan ini terjadi akibat ketebalan papan yang tak sekata. |
chip mark | kesan serpih | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Lekukan cetek pada permukaan kayu yang telah berketam disebabkan oleh serpai atau tatal kayu yang tertekan atau tergiris di antara permukaannya dengan torak semasa pengetaman atau pengumaian. Kesan ini berbeza daripada kesan akibat penggunaan alat yang tumpul. Sin: kesan serpai |
better face | muka lebih baik | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Muka pada hasil kayu yang mengandungi cacat sedikit yang digunakan sebagai aras penentuan mutu dan gred hasil kayu. Maka lebih baik biasanya digunakan untuk menggred kayu berketam. |