Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kum.pul] | برکومڤول

Definisi : 1. berdekatan rapat-rapat men­jadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), ber­kampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kum.pul] | برکومڤول

Definisi : berada di sesuatu tempat beramai-ramai atau dgn banyaknya; berhimpun; berkelompok: Murid-murid ~ di dewan sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,

Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
call timemasa berkumpulKomunikasiTiadaJadual yang mengandungi masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan supaya artis berkumpul untuk menjalani latihan, rakaman dan sebagainya. Hebahan masa berkumpul akan dibuat dalam bentuk notis panggilan.
fish aggregationperkumpulan ikanPerikananTiadaKeadaan apabila ikan berkumpul atau berhubungan dengan hidupan-hidupan lain atau objek yang tergantung di dalam air. Perkumpulan ini disebabkan oleh tabiat semula jadi ikan yang suka berkumpul untuk tujuan keselamatan, mencari makanan, membiak dan sebagainya. Tabiat perkumpulan ini telah dimanfaatkan oleh nelayan untuk menangkap ikan dengan memasang unjam.
assembling placetempat berkumpulSukanTiadaTiada
anachoresisanakoresisPerubatanTiadaKecenderungan berkumpul atau menumpu ke satu lokasi seperti penumpuan bakteria di kawasan keradangan.
aggregationagregasiFarmasiFarmaseutikKeadaan zarah yang berkumpul secara berkelompok.
hypnotoxinhipnotoksinBiologiFisiologi1. Toksin yang berkumpul ketika dalam keadaan sedar sehingga cukup untuk merencatkan aktiviti sel korteks dan mengaruh tidur. 2. Bahan toksik daripada tentakel Physalia.
granulegranulFarmasiFarmaseutikSerbuk zarah yang telah berkumpul membentuk zarah yang lebih besar dan biasanya bersaiz diameter 0.5 hingga 2.0 mm. Tujuan granul dibentuk untuk meningkatkan aliran sesuatu campuran serbuk. Granul boleh juga digunakan sebagai dos oral.
proglacial laketasik proglasierGeografiTiadaBahan air yang berkumpul di dalam tasik akibat sekatan oleh lembaran ais bila ia mara ke kawasan tanpa ais.
littoral depositendapan litoralGeografiTiadaBahan-bahan yang berkumpul di antara tikas pasang tinggi dan surut, biasanya mengandung pasir, kulit kerang atau kerikil.
littoral depositendapan litoralGeologiTiadaBahan-bahan yang berkumpul di antara tikas pasang tinggi dan surut, biasanya mengandung pasir, kulit kerang atau kerikil.
12345678

Kembali ke atas