natural selection | pemilihan semula jadi | Biologi | Ekologi | Proses semula jadi apabila organisma yang dapat bermandiri dengan baik dalam sekitaran akan kekal, manakala yang tidak dapat bermandiri dengan baik akan tersingkir. Sinonim: Darwinisme. |
eurythermal | euritermal | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan organisma yang dapat bermandiri dan beradaptasi terhadap julat suhu yang besar. |
genotypic fitness | ketahanan genotip | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Keupayaan untuk bermandiri, mencari pasangan dan menghasilkan keturunan yang akan memastikan aliran gen dalam generasi akan datang. |
neutral mutation | mutasi neutral | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Mutasi yang berlaku dalam populasi genetik dan tidak dipengaruhi oleh pemilihan semula jadi. Mutasi ini tidak memberi kesan kepada kebolehupayaan sesuatu organisma untuk bermandiri dan menghasilkan keturunan. |
genome plasticity | keliutan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Keupayaan meliut semula jadi dalam genom prokariot yang membenarkan pertukaran cairan DNA dari satu organisma ke organisma yang lain. Keliutan genom membenarkan prokariot mengadaptasikan genom mereka dengan pantas bagi membolehkan mereka bermandiri dengan perubahan persekitaran. |