going-rate princing | penentuan harga kadar kini | Pentadbiran | Tiada | Penetapan harga yang berpandukan harga pesaing, bukan berpandukan kos atau permintaan. |
criterion-referenced assessment | pentaksiran berpandukan kriteria | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pentaksiran yang direka bentuk untuk mengukur kriteria pelajar berdasarkan set kriteria berasaskan pengetahuan atau kemahiran tertentu yang perlu dikuasai dalam tahap pembelajaran mereka. Lihat juga pengajaran berpandukan kriteria. |
random screening | penyaringan rawak | Herba | Fitokimia | Penilaian ke atas sumber biologi bagi memilih sampel yang berkebarangkalian tinggi memberikan keputusan positif terhadap sasaran tanpa berpandukan sebarang maklumat mengenai sampel yang dikaji. Kaedah ini digunakan sekiranya bilangan sampel terhad. Banding penyaringan berpandukan maklumat. |
document-driven model | model berpandukan dokumen | Teknologi Maklumat | Tiada | Model pembangunan perisian yang menekankan dokumen terperinci sebagai kriteria lengkap bagi permulaan fasa keperluan dan fasa reka bentuk. |
information-based screening | penyaringan berpandukan maklumat | Herba | Fitokimia | Penilaian ke atas sumber biologi bagi memilih sampel yang berkebarangkalian tinggi memberikan keputusan positif terhadap sasaran. Penilaian ini berasaskan maklumat yang relevan seperti taksonomi, kemotaksonomi, etnobotani, etnofarmakologi dan sorotan kepustakaan. Pendekatan ini biasanya diguna pakai dalam aktiviti pencarian bahan bernilai daripada sumber biologi, contohnya, mencari ubat-ubatan baru daripada tumbuhan ubatan tradisional kaum orang asli. Pendekatan ini mempunyai kelebihan dari segi peluang untuk mencapai sasaran yang tinggi. Banding penyaringan rawak. |
criterion referenced instruction (CRI) | pengajaran berpandukan kriteria (CRI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pengajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya latihan. Pembelajaran atau latihan dalam talian berasaskan CRI biasanya mampu diri dan kaya sumber media. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kecekapan berasaskan kriteria yang ditetapkan bersesuaian dengan idea utama CRI, iaitu pembelajaran penguasaan dan pengajaran berorientasikan prestasi. Biasanya, CRI diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kecekapan yang perlu dikuasai. |
meteorological characteristic | sifat meteorologi | Geografi | Tiada | Sifat yang diperoleh berpandukan unsur-unsur meteorologi di sebuah kawasan. |
octane rating | kadaran oktana | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah mengredkan gasolin berpandukan kualiti prilaku antiketuk lebih tinggi nombor aktana, lebih tinggi kualiti antiketuknya. |
sloper | sloper | Kesenian | Tiada | Lukisan rajah pada kertas yang berpandukan ukuran badan tertentu untuk digunakan membuat pola pakaian. |
fire behaviour | penyekat kebakaran | Perhutanan | Tiada | Kaedah menghalang kebakaran berpandukan kepada sifat api yang memerlukan oksigen dan bahan bakar untuk menyala marak dan merebak. Kaedah ini dilakukan dengan mengadakan jalur menghalang api merebak ke dalam sesuatu kawasan jalur yang dibersihkan daripada bahan bakar dalam sesuatu kawasan hutan. |