Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.par.li.men] | برڤرليمن

Definisi : 1. mempunyai parlimen; 2. menurut aturan parlimen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berparlimen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parlimentary democracydemokrasi berparlimenSains PolitikTiadaTiada
parliamentary governmentkerajaan berparlimenSejarahTiadaTiada
parliamentary systemsistem berparlimenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan demokrasi yang berasaskan kepada kerajaan parlimen Westminster, Britain. Sistem ini memisahkan ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif), manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri dilantik dari parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Negara Thai dan New Zealand.

parliamentary democracydemokrasi berparlimenSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
parliamentary governmentkerajaan berparlimenSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
parliamentary democracydemokrasi berparlimenSains PolitikPolitik PerbandinganDemokrasi yang memisahkan antara institusi ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif) manakala ketua kerajaan ialah perdana menteri. Perdana menteri dilantik daripada parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti parlimen. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengarnalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand dan New Zealand.
parliamentary constitutionalismfaham perlembagaan berparlimenSains PolitikTiadaTiada
parliamentary constitutionalismfaham berperlembagaan berparlimenSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
anarcho syndicalismanarki-sindikalismeSejarahTiadaGerakan politik yang revolusioner untuk menjatuhkan demokrasi berparlimen dan membentuk masyarakat korporat dengan kuasa di tangan persatuan sekerja melalui tindakan mogok umum.
direct electionpemilihan langsungSains PolitikPolitik PerbandinganPemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki.
123

Kembali ke atas