influential | orang-orang berpengaruh | Sosiologi | Tiada | Tiada |
persuasive authority | autoriti berpengaruh | Undang-undang | Tiada | Tiada |
dominant firm oligopoly | oligopoli firma berpengaruh | Ekonomi | Tiada | Tiada |
elite group | golongan elit | Komunikasi | Tiada | Kumpulan yang berpengaruh dan lazimnya menjadi sumber rujukan bagi orang ramai. |
dominant wind | angin dominan | Geografi | Tiada | Angin yang paling berpengaruh dalam keadaan tempatan di sebuah kawasan berbanding dengan angin lazim kawasan tersebut. |
neobehaviourism | neobehaviourisme | Psikologi | Psikologi Umum | Bentuk aliran behaviourisme yang sangat berpengaruh di Amerika Syarikat selepas Watson. Kebanyakan pengikut aliran ini bersependapat dengan Watson bahawa pengkajian psikologi harus menumpukan kepada tingkah laku ketara tetapi boleh menerima aspek-aspek lain seperti laporan lisan. Terdapat tiga aliran neobehaviorisme, iaitu behaviourisme Hull, behaviourisme bertujuan dan behaviourisme radikal. |
impresionism | impresionisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan sastera atau persepsi penulis yang dipaparkan dengan jelas pada plot dan watak dalam cerita. Gaya ini mula mendapat perhatian dan berpengaruh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setiap lakaran penulis dibuat dengan terperinci, terutamanya apabila penulis ingin menggambarkan sesuatu watak di sesuatu tempat dan masa. Lakaran terperinci ini amat berbeza berbanding dengan gambaran objektif seseorang pemerhti yang kurang berminat dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Impresionisme dipinjamkan daripada dunia seni lukisan yang merujuk kepada suatu gaya melukis yang mula berpengaruh di Perancis pada pertengahan abad ke-19. Antara pelukis Barat yang terkenal mengamalkan gaya ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Edgar Degas dan Pierre Auguste Renoir. Ciri ketara dalam lukisan mereka ialah gaya mewujudkan sesuatu kesan ke atas benda lain, seperti memberikan penekanan kepada kesan cahaya ke atas objek yang dilukis. Hasilnya ialah suatu seni lukisan yang amat berbeza daripada lukisan yan |
exhortation | pidato gesaan | Sejarah | Tiada | Ucapan yang dilakukan oleh orang-orang yang berpengaruh yang bernada rayuan, gesaan, nasihat dan berapi-api untuk menarik perhatian khalayak. |
staff union | kesatuan staf | Pentadbiran | Tiada | Kesatuan staf kolar putih yang selalunya begitu berpengaruh dalam organisasi. |
ascendency of France | peningkatan Perancis | Sejarah | Tiada | Keadaan, kedudukan atau peningkatan yang paling tinggi, berpengaruh, dominan dan terkuat yang pernah dicapai oleh Perancis daripada segi pengaruh kuasa politik. |