schlieren | sylieren | Geologi | Tiada | Jasad tabular, biasanya dari beberapa inci hingga berpuluh-puluh kaki panjang, yang terdapat pada batuan pluton, mempunyai mineralogi umum yang sama dengan batuan pluton tetapi berwarna lebih gelap atau lebih cerah disebabkan oleh perbezaan dalam nisbah mineral. |
polyembryony | poliembrioni | Biologi | Entomologi | Pembiakan luar biasa yang menghasilkan beberapa atau berpuluh-puluh embrio daripada satu telur yang disenyawakan. Proses ini berlaku pada kebanyakan spesies parasitoid Hymenoptera. |
juke box | kotak juke | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti dalam rangkaian yang menyimpan dan memainkan cakera optik berdasarkan permintaan pengguna. Kotak juke mempunyai berpuluh-puluh slot cakera . Untuk mencapai cakera dari slot masing-masing, peranti pemungut akan menyelusur slot atau slot cakera akan bergerak menjajari peranti pemungut. Prestasi jangkauan bergantung kepada susunan slot dan peranti pemungut dan juga berdasarkan ruang di antara cakera dengan peranti pemungut. Masa jangkauan adalah sekitar 85 milisaat manakala kadar pindahan adalah kira-kira 700 Kbit sesaat. Kotak juke digunakan untuk persekitaran storan bermuatan tinggi seperti pengimejan, pengarkiban dan pengurusan storan berhierarki (HSM). |
teromba | teromba | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, keti |
rip current | arus simbar | Sains Marin | Tiada | Aliran air laut kuat yang mengalir akibat kesan songsangan pukulan ombak di garisan pinggir laut. Aliran ini bergerak pada halaju 0.5 m per saat dan boleh sepantas 2.5 m per saat. Arus ini bergerak ke lokasi berlainan, sehingga berpuluh- puluh meter sehari. Arus ini juga dapat berlaku di mana- mana pantai dengan keadaan ombak pecah, termasuklah di lautan, laut dan tasik yang besar. |