Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.di.rian] | برسنديرين

Definisi : 1. berlainan drpd yg umum-nya, tersendiri: keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan (pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut boleh dibahagi-kan kpd penuntut ~ dan penuntut berbia-siswa; 4. tidak berkahwin, membujang: biar-lah saya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.di.rian] | برسنديرين

Definisi : berada seorang diri; duduk (pergi dsb) seorang diri: Dia ~ di rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solitary speciesspesies bersendirianPerikananTiadaSpesies ikan yang mempunyai tabiat hidup secara bersendirian dan tidak gemar bercampur dengan ikan lain. Spesies ikan ini biasanya mendiami bahagian dasar air yang berbatu. Contohnya, ikan merah, kerapu dan ikan bayan.
isolated porepori terpencilKejuruteraanPetroleum1) Pori yang wujud bersendirian, terpisah daripada pori-pori lain. pori seperti ini biasanya wujud dalam butiran dan boleh disebut sebagai pori jenis ia butiran. 2) Pori jenis saling bersambungan tetapi sangat kecil sehingga bendalir yang sedia terdapat di dalamnya tidak dapat bergerak disebabkan oleh tarikan daya rerambut. Oleh itu, walaupun pori ini bersambungan dengan pori jiran tetapi dari segi sifat pengaliran bendalir, kesannya sama dengan kesan yang diberikan oleh pori yang wujud bersendirian.
in personbersendirianUndang-undangTiadaTiada
wave, solitarygelombang bersendirianHidrologiTiadaGelombang yang terdiri dari satu ayunan tunggal atas dari permukaan air yang tidak terganggu.
lone self groupkumpulan bersendirianSejarahTiadaTiada
independent faculties (of the mind)kebolehan bersendirianPendidikanTiadaTiada
threadbebenangTeknologi MaklumatPerisianJujukan pelaksanaan atur cara secara bersendirian terutamanya dalam perebutan penggunaan sumber atau perkhidmatan komputer. Pelaksanaan bebenang biasanya dibuat secara serentak dalam ruang alamat yang sama dan berkongsi perkhidmatan sistem pengendali seperti penimbal I/O dengan bebenang yang lain. Keadaan ini membolehkan penangguhan dan pelaksanaan semula bebenang dibuat dengan kadar yang segera.
soliloquysenandikaKesusasteraanTiadaUjaran yang disampaikan oleh pelakon secara bersendirian untuk menyatakan perasaan dan pemikirannya. Ujaran (percakapan) biasanya dalam drama atau teater, ditujukan kepada diri sendiri untuk mengungkapkan perasaan dan konflik batin yang dihadapinya. Ujaran tidak disasarkan kepada khalayak, namun khalayak dapat mendengar dan seterusnya mengetahui perasaan dan pemikirannya. Contohnya, ucapan watak Hamlet, �To Be� atau �Not To Be�. Senandika disebut juga sebagai solilokui. Lihat juga monolog.
solopreneurusahawan soloPerniagaanTiadaIndividu yang menjalankan perniagaan secara bersendirian tanpa memerlukan pejabat atau rakan kongsi.
unassociated gasgas tak sekutuKejuruteraanTiadaGas asli yang wujud bersendirian.
12345

Kembali ke atas